Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
55) TANAH
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak kelulusan yang telah dibuat kerajaan negeri bagi rumah dan kediaman peneroka-peneroka bandar, sehingga Disember 2013?
Sehingga Disember 2013, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah meluluskan sebanyak 3,573 pemberimilkan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) kepada peneroka-peneroka bandar bagi tujuan kediaman. Butirannya mengikut daerah adalah seperti berikut:
BIL.
DAERAH
JUMLAH KELULUSAN 1. Petaling 489 2. Klang 337 3. Gombak 1,499 4. Hulu Langat 922 5. Kuala Langat 0 BIL.
DAERAH
JUMLAH KELULUSAN 6. Sepang 0 7. Hulu Selangor 0 8. Kuala Selangor 326 9. Sabak Bernam 0 JUMLAH 3,573 -
Berapa banyak di kalangan mereka yang menerima tawaran premium RM1000 yang ditawarkan oleh kerajaan negeri ?
Sebanyak 2,295 permohonan pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 KTN yang telah diluluskan dan diberi kemudahan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan dengan pilihan pembayaran premium tanah sebanyak RM1,000.00 (Nominal) semenjak ianya dilancarkan pada Jun 2011. Butiran mengenainya adalah seperti berikut:
BIL.
DAERAH
JUMLAH PERMOHONAN YANG LULUS BAYARAN PREMIUM RM1,000
BILANGAN YANG TELAH MENJELASKAN BAYARAN
1. Petaling 489 221 2. Klang 33 33 3. Gombak 942 884 4. Hulu Langat 349 349 5. Kuala Langat 0 0 6. Sepang 0 0 7. Hulu Selangor 69 49 8. Kuala Selangor 326 320 9. Sabak Bernam 87 68 JUMLAH 2,295 1,924 -
Berapa ramai yang menolak dengan sebab tidak mampu membayar premium RM 1000 ?
Daripada jumlah 2,295 yang telah diluluskan menerima bayaran premium RM1,000.00, hanya 371 orang pemohon sahaja yang masih belum menjelaskan bayaran premium dengan alasan tidak mampu membayar premium yang dikenakan ke atas mereka.