Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
257) TANAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dari tahun 2008 hingga 2018 berapa banyak hektar tanah yang diberikan kepada MBI?
Untuk makluman YB, dari tahun 2008 hingga 2018 seluas 4,937 hektar (12,199.32 ekar) tanah telah diberikan kepada MBI.
-
Berapakah nilai jualan tanah tersebut kepada MBI?
Berdasarkan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 5 Tahun 2011, kadar premium tanah yang dikenakan bagi pemberimilikan tanah kepada MBI adalah pada kadar nominal (RM1,000.00) bagi tanah dengan kegunaan dan syarat nyata TIADA. Sekiranya MBI ingin membangunkan tanah tersebut, ia perlu melalui proses tukar syarat tanah dan dikenakan kadar premium berdasarkan Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2016.
Bagi pemberimilikan tanah kepada MBI seluas 4,937 hektar dari tahun 2008 hingga 2018, jumlah premium tanah yang telah dibayar oleh MBI kepada Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM45,000.00
-
Berapakah pulangan hasil pendapatan kepada Kerajaan Negeri dari hasil jualan tanah kepada MBI?
Sama seperti di SUB(b)