Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

211) TANAH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan data-data tanah wakaf di daerah Sabak Bernam serta jumlah dan perancangan kerajaan negeri terhadap tanah-tanah wakaf yang masih tidak dimanafaatkan?

    Jumlah tanah wakaf di daerah Sabak Bernam yang didaftarkan ke atas nama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah sebanyak 427 hak milik.

    Hartanah Wakaf yang telah didaftarkan ke atas nama MAIS bagi daerah Sabak Bernam mempunyai beberapa kategori niat wakaf dan mempunyai      penerima manfaat wakaf seperti yang diniatkan oleh pewakaf. Sebahagiannya telah digunakan sebagai tapak masjid, surau ,sekolah dan tanah perkuburan Islam.

    Perbadanan wakaf Selangor memberikan tumpuan ke atas hartanah wakaf yang diniatkan untuk manfaat umum Umat Islam dengan menjalankan sewaan seperti aktiviti pertanian dan pembangunan rumah inap. Pecahan kategori niat wakaf adalah seperti berikut:

    1. Wakaf khas : 77
    2. Wakaf yang telah ditentukan penerima manfaat wakaf : 329

    iii. Wakaf umum umat Islam : 21

  2. Nyatakan jumlah (ekar) tanah rizab yang masih kekal dalam tempoh 10 (2015-2025) tahun dan berapa kekurangan dalam tempoh tersebut serta jumlah (ekar) tanah rizab yang telah diganti selepas ditukar status rizab kepada yang lain?

    Data tanah rizab kerajaan yang telah diwartakan di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara pada tahun 2015 adalah seluas 3,120.09 ekar dan data pada tahun 2023 adalah seluas 89,900.66 ekar.

    Data ini menunjukan terdapat peningkatan dalam perizaban tanah dari tahun 2015 sehungga tahun 2023.

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri berkenaan geran pendudukan yang belum selesai seperti di Tanjung Medan, Belia 2, Kampung Halacara Baru dan beberapa tempat lagi dalam dun Sungai Panjang?

    Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB) telah mengadakan bancian dan perbincangan bersama penduduk bagi membantu urusan         pemberimilikan hakmilik di Kg. Hala Cara Baru, Tanjung Medan dan Belia 2. Walaubagaimanapun, pemberian hakmilik hanya dapat dipertimbangkan sekiranya permohonan mematuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828), arahan dan pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor yang berkuatkuasa.

    Berdasarkan bancian yang telah dijalankan di kawasan-kawasan tersebut,hanya permohonan yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh dipertimbangkan untuk pemberian hakmilik. Selain itu, pengeluaran hakmilik hanya dilakukan bagi pemohon yang membuat bayaran Notis 5A sebelum tarikh luput. Bagi permohonan yang berada di atas rizab sungai adalah dapat dipertimbangkan. Oleh itu, kerjasama diantara penduduk, pemimpin    setempat dan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam amatlah diperlukan       untuk membantu Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah urusan pemberian hakmilik di kawasan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.