Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
225) TANAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dari tahun 2008 hingga 2018, berapa banyak hektar tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)?
Untuk makluman YB, sebanyak 117,758.674 hektar tanah telah diberimilik kepada PKNS melalui Seksyen 76 KTN 1965 dari tahun 2008 hingga 2018.
-
Berapakah nilai premium tanah setiap tahun yang perlu dibayar oleh PKNS kepada Kerajaan Negeri?
Nilai premium tanah yang telah dibayar oleh PKNS dari tahun 2008 hingga 2018 adalah sebanyak RM185,115,303.49.
-
Berapakah hasil pendapatan yang diperolehinya?
Pendapatan Jualan Tanah tahun 2008 hingga 2018 adalah seperti berikut :
TAHUN AMAUN (RM) 2008 97,628,444.84 2009 76,288,718.59 2010 105,697,648.75 2011 182,322,388.82 2012 79,207,865.70 2013 190,282,175.24 2014 153,595,817.00 2015 100,305,413.04 2016 139,728,634.96 2017 161,084,850.39 2018 246,774,343.86 JUMLAH 1,532,916,301.19