Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
142) TANAH
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Garis Panduan yang bagaimanakah yang diguna pakai sebagai formula dalam membayar pampasan kepada pemegang-pemegang TOL (Temporary Occupation Lisence) yang mana tanah tersebut diambil alih oleh Kerajaan Negeri ataupun oleh agensi-agensi pembangunan kerajaan?
TOL adalah merupakan salah satu kaedah pelupusan tanah kerajaan di bawah seksyen 75 Kanun Tanah Negara.
-
Berapa lama kah proses pembayaran bagi pengambilan tanah tersebut dan nyatakan agensi-agensi lain yang terlibat dalam pengambilan tanah ini?
Tiada keperluan pengambilan balik tanah berdasarkan syarat-syarat Lesen Pendudukan Sementara boleh dibatalkan bila-bila masa oleh Kerajaan Negeri.