Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

210) TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap pemilik tanah yang menukarkan syarat guna tanah yang diberi oleh kerajaan untuk kepentingan sendiri?

    Bagi tanah-tanah yang telah diberi oleh kerajaan kepada individu/syarikat, pemilik tanah
    sekiranya berhasrat untuk menukar kegunaan tanah tersebut untuk tujuan tertentu
    dikehendaki mengemukakan permohonan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri.
    Kerajaan Negeri sewaktu menimbang permohonan tersebut, boleh sama ada untuk
    meluluskan atau tidak permohonan menukar syarat kegunaan tanah berdasarkan
    kepada ulasan jabatan-jabat teknikal.

  2. Bagaimanakah kerajaan dapat menetapkan satu mekanisme untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang?

    Bagi semua tanah beri milik, aktiviti atau sebarang pemajuan di atas tanah tersebut
    mestilah selari dengan kategori dan syarat nyata tanah yang telah didaftarkan
    berdasarkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Kerajaan Negeri boleh melaksanakan
    tindakan penguatkuasaan sekiranya didapati pemajuan yang dilaksanakan tidak
    mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri atau bertentangan dengan penetapan
    kategori dan syarat nyata tanah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.