Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

99) TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah hasil dari bayaran premium fleksibel sejumlah RM1,000 yang telah berjaya dikutip sehingga kini?

    Jumlah hasil dari bayaran premium fleksibel sejumlah RM1,000 yang telah berjaya dikutip sejak Jun 2011 sehingga kini        adalah sebanyak RM727,000.00        dan pecahannya mengikut daerah seperti dalam jadual berikut :-

    BIL DAERAH JUMLAH

    PERMOHONAN YANG

    MEMBAYAR

    PREMIUM TANAH

    (NOMINAL RM 1,000)

    JUMLAH PREMIUM (RM)
    1 Hulu Selangor 7 7,000.00
    2 Hulu Langat 170 170,000.00
    3 Kuala Selangor 282 282,000.00
    4 Petaling 146 146,000.00
    5 Sepang 3 3,000.00
    6 Kuala Langat 2 2,000.00
    7 Gombak 63 63,000.00
    8 Sabak Bernam 38 38,000.00
    9 Klang 16 16,000.00
      JUMLAH 727 727,000.00
  2. Berapakah kos yang telah dikeluarkan bagi memindahkan lebih 2 juta fail tanah ke dalam bentuk digital?

    Kos yang telah dikeluarkan bagi memindahkan lebih dua juta fail ke dalam bentuk digital (Land Bank Library System) adalah sebanyak  7 juta bagi kerja-kerja seperti yang berikut:

    • Membangunkan Sistem Land Bank Library System.
    • Menyediakan infrastruktur untuk sistem pengimbasan dokumen PTGS
    • Menyediakan kakitangan untuk kerja pengimbasan dokumen termasuk proses isihan dokumen, penyusunan, pengimbasan,pengawalan kualiti, pengindeksan dan kawalan kualiti imej dan data.
    • Memuat naik imej dan data ke dalam sistem LBLS

    Memindahkan dokumen yang telah siap diproses ke pusat penyimpanan dokumen di tingkat 2 ,Stadium Shah Alam.

  3. Berapakah hasil daripada caruman kubur sejumlah RM500 bagi tapak kediaman yang telah berjaya dikutip sehingga kini?

    Caruman kubur berjumlah RM500 bagi setiap unit rumah yang dibina di kawasan Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat (mengikut Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil.4/2011 bertarikh 14 April 2011 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011), manakala di kawasan Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor, caruman kubur adalah RM300 bagi setiap unit rumah.

    Jumlah hasil caruman kubur sejumlah RM500 bagi tapak kediaman yang telah berjaya dikutip sebelum tahun 2008 sehingga Mei 2012 adalah sebanyak RM 18,796,389.62 dan pecahannya mengikut tahun dan daerah adalah seperti di Lampiran A.

    Jumlah Hasil Caruman Kubur Bagi Tapak Kediaman Yang Telah Berjaya Dikutip Sebelum Tahun 2008 Sehingga Mei 2012 Mengikut Pecahan Tahun Dan Daerah

          TAHUN 2008          
    BIL   DAERAH DAN   2009   2010   2011   Mei 2012   JUMLAH
        SEBELUMNYA          
    1 Petaling 2,223,458.00 140,187.50 129,075.00 585,906.75 314,177.50 3,392,804.75
    2 Gombak 1,422,643.31 116,785.25 114,531.25 152,244.00 254,875.00 2,061,078.81
    3 Klang 1,147,854.75 64,470.00 126,341.75 704,685.00 91,437.50 2,134,789.00
    4 Kuala Langat 348,270.90 27,313.00 77,405.75 168,781.25 101,000.00 722,770.90
    5 Hulu Langat 1,946,087.85 416,531.35 664,780.75 2,148,906.30 924,250.00 6,100,556.25
    6 Sepang 1,239,182.06 154,188.75 195,418.25 523,558.00 456,875.00 2,569,222.06
    7 Kuala Selangor 585,812.05 45,937.50 45,937.50 85,706.25 39,325.00 802,718.30
    8 Hulu Selangor 453,440.50 49,250.00 15,375.00 27,000.00 20,350.00 565,415.50
    9 Sabak Bernam 163,682.00 74,075.25 26,696.00 134,885.50 47,695.30 447,034.05
    JUMLAH 9,530,431.42 1,088,738.60 1,395,561.25 4,531,673.05 2,249,985.30 18,796,389.62

     

Lampiran

Tiada Lampiran.