Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
302) TAMBAK PESISIR PANTAI DAERAH SABAK BERNAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan penambakan pesisir pantai daerah Sabak Bernam yang selalu runtuh?
Permohonan peruntukan penambakan pesisir pantai di Daerah Sabak Bernam telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Kekerapan benteng pantai runtuh adalah disebabkan oleh kejadian air pasang tinggi. Pelaksanaan kerja rekabentuk sedang dibuat pada tahun 2016. Kerja-kerja membaikpulih sebahagian pesisir pantai dijangka akan dilaksanakan pada tahun
-
Nyatakan secara terperinci kos penambakan pesisir pantai tersebut?
Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM 3.5 juta pada tahun ini dengan anggaran jarak pembaikan sejauh
-
Nyatakan kontraktor yang dilantik dan kaedah pemberian tender?
Rekabentuk terperinci sedang dibuat oleh pihak perunding. Perlantikan kontraktor akan dilakukan pada bulan Jun-Julai 2016. Kaedah perolehan kerja tersebut adalah mengikut Sistem Perolehan Tender