Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
119) TAMBAHBAIK INISIATIF PEDULI RAKYAT
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Skim Mesra Usia Emas akan memberi manfaat kepada warga emas semasa hayat?
Pemberian manfaat semasa hidup sudah pernah dilaksakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk tempoh 2011 – 2014 dimana sejumlah dana sebanyak RM 10,907,200 sudah diserahkan di bawah program Jom Shopping yang melibatkan 109,072 orang peserta. Pada ketika itu jumlah program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang ada hanya sebanyak 12 program
Namun pada ketika ini sudah ada 42 program kesemuanya di bawah IPR yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat dari anak baru lahir hingga ke peringkat warga emas. Di mana sebahagian dari program ini boleh dinikmati oleh warga emas yang layak seperti khidmat Bas Selangorku, Air Percuma, Jom Shopping perayaan, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Skim Peduli Sihat, Bantuan Sihat Selangor, Panel Dialisis Sihat Selangor, Saringan Sihat Selangor dan beberapa program lain lagi.
Kerajaan Negeri sentiasa berhasrat untuk memastikan semua pemberian manfaat di bawah IPR mestilah kena kepada kumpulan sasar yang tepat dan sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan bantuan.
Oleh kerana kita buat masa ini Kerajaan negeri belum ada apa-apa perancangan untuk mewujudkan bayaran manfaat semasa hidup secara khusus kepada warga emas di negeri Selangor di dalam tempoh yang terdekat.
-
Bagaimana tabung TAWAS dapat ditingkatkan dan boleh dinikmati sebelum usia 18 tahun?
Pada masa ini SKIM TAWAS ini hanya boleh dinikmati oleh anak Selangor yang telah mendaftar di bawah Skim TAWAS apabila mencecah umur 18 tahun. Kerajaan Negeri pada masa ini sememangnya sedang merangka strategi pelaburan yang berterusan bagi memastikan manfaat tersebut dapat disampaikan kepada rakyat pada masa