Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

92) TAMAN WARISAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kini Taman Warisan Selangor?

    Sehingga kini seluas 91,144.519 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal telah diwartakan sebagai Taman Negeri Selangor (TNS). Seluas 15,505.29 hektar kawasan hutan simpan lain dan 121 hektar hutan Tanah Kerajaan iaitu  kawasan Permatang Kuartza Hulu Klang dalam penyediaan Pelan Warta oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Selangor. Pada 30 April 2009, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan kawasan Klang Gates seluas lebih kurang 950   hektar untuk diwartakan sebagai kawasan tambahan bagi TNS. Jabatan Perhutanan Negeri telah mengemukakan permohonan kelulusan terbaru ini  kepada JUPEM untuk penyediaan Pelan Warta.  Keseluruhan kawasan Taman Warisan Selangor dijangka seluas kira-kira 107,820 hektar.

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan untuk pembangunan Taman Warisan sehingga 2008

    Jumlah perbelanjaan terlibat sehingga tahun 2008 ialah RM3,276,700.00. Perbelanjaan ini merangkumi RM2,128,670.00 dari peruntukan Kerajaan Negeri (terdiri dari RM1,343,160.00 peruntukan Pembangunan dan RM785,510.00 peruntukan Mengurus) dan RM1,148,031.00 dari peruntukan Kerajaan Persekutuan (melalui Kementerian Pelancongan).

  3. Apakah rancangan Kerajaan Selangor dalam pembangunan Taman Warisan?

    1. Jabatan Perhutanan merancang akan menjadikan Taman Negeri sebagai satu destinasi rekreasi, eko-pelancongan dan satu tempat untuk pendidikan. Untuk mencapai objektif ini, dirangkakan aktiviti di bawah untuk dipertingkat atau dijalankan.
                (a)        Perkelahan –           Hutan Lipur Sungai Sendat
      –           Hutan Lipur Kanching
      –           Hutan Lipur Komanwel
      –           Hutan Lipur Chongkak
      –           Hutan Lipur Sungai Tekala
      –           Hutan Lipur Ampang
      –           Hutan Lipur Gunung Nuang
      –           Hutan Lipur Sungai Tua
      –           Hutan Lipur Sungai Gabai
                    (b)        Perkhemahan –           Hutan Lipur Sungai Sendat
      –           Hutan Lipur Kanching
      –           Hutan Lipur Komanwel
      –           Hutan Lipur Sungai Chongkak
      –           Hutan Lipur Sungai Tekala
      –           Hutan Lipur Sungai Tua
                    (c)        Merentasi –           Hutan Lipur Komanwel
                            Denai Hutan

     

    –               Hutan Lipur Sungai Chongkak

    –               Hutan Lipur Sungai Tekala

    –               Hutan Lipur Kanching

                    (d)        Mendaki Gunung –            Hutan Lipur Permatang Kuartza
      –               Hutan Lipur Gunung Nuang

    –               Hutan Simpan Bukit Kutu

     

    (e)        Pendidikan                  –           i.          Denai Interpretative:

    Alam Sekitar/              –                       –           Hutan Lipur Sungai

    Perhutanan                                                     Sendat, Hutan Lipur

    Ampang, Hutan Lipur

    Sungai Tua, Hutan Lipur

    Sungai Tekala, Hutan                                                                          Lipur Kanching, Hutan

    Lipur Sungai Chongkak.

    1. Geo-Forest Trail

    –           Permatang Kuartza

    (f)        Fish Sanctuary           –           Hutan Lipur Sungai Tua

    –           Hutan Lipur Sungai Chiling

    • Rock Climbing/          –           Permatang Kuartza

                                        Abscaling

    • Mountain Biking –           Gunung Nuang
    • Bird Watching            –           Hutan Lipur Ampang
      • Hutan Lipur Sg. Tua
      • Hutan Lipur Sg. Tekala

    (j)         Forest and River         –           Hutan Lipur Sungai Tua.

    Exploring                     –           Hutan Lipur Gunung Nuang

    –           Hutan Lipur Ampang

Lampiran

Tiada Lampiran.