Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
123) TAMAN WARISAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status taman warisan selepas pewartaannya?
Taman warisan atau Taman Negeri Selangor setelah pewartaannya akan dikategorikan sebagai
Hutan Perlindungan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2005.
Kawasan hutan perlindungan merujuk kepada kawasan hutan yang akan dipelihara
sepenuhnya sebagai kawasan aset khazanah hutan negeri bagi memainkan fungsi hutannya
dalam memastikan kestabilan sumber bekalan air, kesuburan tanah, kualiti alam sekitar,
pemeliharaan bio-diversiti, mencegah / meminimumkan kerosakan akibat hakisan tanah dan
banjir serta mengekalkan nilai-nilai estetika yang boleh dinikmati masyarakat menerusi
pemeliharaannya. Pembangunan yang minimum dibenarkan hanya yang bercorak asas serta
bagi menambah – nilai hutan sedia seperti pembinaan infrastruktur bersesuaian untuk
kemudahan hutan lipur dan aktiviti rekreasi, pelajaran dan penyelidikan. -
Apakah rancangan kerajaan dalam pembangunan taman warisan?
kerajaan Negeri, melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor merancang untuk menjadikan
Taman Negeri sebagai satu destinasi pelancongan, ekopelancongan dan pendidikan terulung.
Untuk mencapai objektif ini, dirangkakan aktiviti di bawah untuk dijalankan.
1. Perkelahan – Hutan Lipur Sungai Sendat
– Hutan Lipur Kanching
– Hutan Lipur Komanwel
– Hutan Lipur Chongkak
– Hutan Lipur Sungai Tekala
– Hutan Lipur Ampang
– Hutan Lipur Gunung Nuang
– Hutan Lipur Sungai Tua
– Hutan Lipur Sungai Gabai
2. Perkhemahan – Hutan Lipur Sungai Sendat
– Hutan Lipur Kanching
– Hutan Lipur Komanwel
– Hutan Lipur Chongkak
– Hutan Lipur Sungai Tekala
– Hutan Lipur Sungai Tua3. Merentasi Denai Hutan – Hutan Lipur Komanwel
– Hutan Lipur Chongkak
– Hutan Lipur Sungai Tekala
– Hutan Lipur Kanching
4. Mendaki Gunung – Hutan Lipur Permatang Kuartza
– Hutan Lipur Gunung Nuang
– Hutan Lipur Bukit Kutu
5. Pendidikan Alam Sekitar/ – i. Denai Interpretative:
Pendidikan – Hutan Lipur Sungai Sendat
– Hutan Lipur Kanching
– Hutan Lipur Chongkak
– Hutan Lipur Sungai Tekala
– Hutan Lipur Ampang
– Hutan Lipur Sungai Tua
ii. Forest Trail
– Permatang Kuartza
6. Fish Sanctuacy – Hutan Lipur Sungai Tua
– Hutan Lipur Sungai Chiling
7. Rock Climbing/ Abscalling – Permatang Kuartza
8. Mountain Biking – Gunung Nuang
9. Bird Watching – Hutan Lipur Ampang
10. Forest and River Exploring – Hutan Lipur Sungai Tua