Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
48) TAMAN WARGA EMAS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang agar, di setiap taman-taman perumahan diwujudkan taman warga emas atau taman mesra warga emas bagi memastikan warga emas dapat melakukan riadah?
Kerajaan Negeri menerusi PlanMalaysia Selangor telah menetapkan dalam Manual Garis Panduan & Piawaian Perancangan Negeri Selangor agar pemaju menyediakan tapak khusus seluas 1,200 kaki persegi sebagai Pusat Komuniti Warga Emas (PKWE) bagi warga emas menjalankan aktiviti. Oleh itu, kriteria penyediaan PKWE telah dinyatakan sebagai salah satu jenis Kemudahan Komuniti dalam manual garis panduan tersebut yang berkuat kuasa mulai bulan Julai 2022 untuk dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Pada masa ini, Kerajaan Negeri masih mengemaskini status pelaksanaan PKWE oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, taman perumahan merupakan kemudahan inklusif yang boleh digunakan secara bersama oleh komuniti termasuk warga emas.