Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
140) TAMAN-TAMAN REKREASI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar Kerajaan tentang perlu dan mesti wujudnya taman-taman rekreasi di setiap kawasan perumahan?
Keperluan penyediaan taman- taman rekreasi di setiap kawasan perumahan ditetapkan dalam Dasar Landskap Negara (DLN) seperti terkandung dalam Teras 3 strategi 3.1 iaitu mewajibkan semua cadangan pemajuan mengambilkira penyediaan infrastruktur hijau mengikut piawaian.
Seksyen 21 Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dan Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Kedua) juga mengkehendaki pemaju supaya memenuhi aspek landskap apabila mengemukakan cadangan permohonan pembangunan termasuk penyediaan kawasan lapang.
Di peringkat Kerajaan Negeri, penyediaan Padang Cergas di bawah Pelan Tindakan 5 Tahun Kerajaan Tempatan juga telah dilaksanakan bermula tahun 2013 dan menetapkan setiap kawasan DUN perlu menyediakan 2 lokasi padang cergas setahun untuk tujuan rekreasi dan riadah.
-
Senaraikan bilangan dan kos penyelenggaraan taman-taman rekreasi menurut PBT.
Berikut adalah senaraikan bilangan dan kos penyelenggaraan taman-taman rekreasi mengikut PBT:
PBT Bilangan Taman Rekreasi Kos Penyelenggaraan (RM) MBSA 743 5,000,000.00 MBPJ 464 1,650,000.00 MPK 994 8,700,000.00 MPAJ 230 1,000,000.00 MPSJ 357 1,602,000.00 MPS 294 3,699,060.00 MPKj 603 6,902,774.85 MPSp 311 191,416.00 MDKL 428 870,000.00 MDHS 120 550,000.00 MDKS 150 1,200,000.00 MDSB 3 20,000.00 JUMLAH 4,697 31,385,250.00 -
Berdasarkan KPI yang ditetapkan, nyatakan tahap keutamaan yang diberikan oleh setiap PBT terhadap penjagaan taman-taman ini.
Tahap keutamaan yang diberikan oleh setiap PBT terhadap penjagaan taman-taman berdasarkan KPI yang ditetapkan adalah seperti berikut :
- Kemudahan/peralatan rekreasi sentiasa berada dalam keadaan baik :
– Untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan
– Kerja-kerja penggantian/baikpulih peralatan dan kemudahan rekreasi yang rosak akan dilaksanakan dengan kadar segera oleh kontraktor yang dilantik.
- Penyelenggaraan dan kebersihan :
– Rumput dipotong sebulan sekali
– Melantik kontraktor penyelenggaraan untuk memastikan kebersihan kawasan lebih terjamin
- Penguatkuasaan :
– Untuk memastikan vandalisme dapat dikurangkan
– Untuk memastikan tiada kacau ganggu/penyalahgunaan kemudahan rekreasi
– Meletakkan papan tanda peringatan dan amaran
- Pemantauan oleh pihak jabatan :
– Penambahbaikan kemudahan rekreasi dari semasa ke semasa
– Menerima aduan dan cadangan daripada penduduk setempat
– Memastikan kemudahan rekreasi yang disediakan
menggunakan material/bahan yang berkualiti dan selamat.