Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
143) TAMAN RIMBA AMPANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Taman Rimba Ampang telah ditutup untuk kerja-kerja pembinaan Lebuhraya EKVE. Usaha pemulihan TRA perlu dilaksanakan selepas projek siap. Siapakah yang akan bertanggungjawab memulihkan semula TRA?
Syarikat pemaju yang membina Lebuh Raya East Klang Valley Expressway (EKVE) adalah pihak yang akan bertanggungjawab untuk kerja-kerja membaikpulih Taman Rimba Ampang (TRA). Pembaikpulihan ini dijangka dilaksanakan setelah projek Lebuh Raya EKVE tersebut siap.
-
Berapakah anggaran kos baik pulih TRA?
Pelan pemulihan Taman Rimba Ampang ini dianggarkan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.3 juta dan melibatkan 5 Zon Rekreasi.
-
Siapa yang memantau pemulihan tersebut?
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor merupakan agensi yang bertanggungjawab bagi memantau pelaksanaan pemulihan Taman Rimba Ampang tersebut.