Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
229) TAMAN PERTANIAN SHAH ALAM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Taman Pertanian Shah Alam merupakan tempat pelancongan yang terkenal, tetapi kegiatan pembalakan telah menjejaskan alam semula jadi di sekitar kawasan berkenaan. Adakah Taman Pertanian Shah Alam telah diserah kepada kerajaan Persekutuan Malaysia
Kerajaan Negeri tidak akan menyerahkan Taman Pertanian tersebut kepada Kerajaan Persekutuan. Walaupun begitu, bagi membolehkan peruntukan Kerajaan Persekutuan digunakan untuk membangunkan Taman Pertanian maka kawasan Taman Pertanian seluar 817 hektar telah diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984, Subseksyen 10(1)(k )-Hutan Bagi Maksud-maksud Persekutuan. Satu MoU berhubung perkara tersebut telah ditandatangani pada 17 April 2006.
-
Apakah langkah-Iangkah yang telah/akan di ambil untuk memulihkan kawasan tersebut?
Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM 125 juta bagi membangun keseluruhan Taman Pertanian ini sebagai Taman Botani Negara Shah Alam. Pembangunan tersebut akan melibatkan enam ( 6 ) zon iaitu Zon Pintu Masuk, Zon Pameran dan Pembelajaran, Zon Pelbagai Jenis Taman, Zon Himpunan Tumbuhan Dunia, Zon Pemuliharaan Hutan dan Zon Pentadbiran. Pelan Induk Pembangunan Taman Botani Negara Shah Alam ini telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri.
-
Berapa ekar hutan yang telah dibersihkan pada tahun 2004 hingga 2007?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 05 Mei 2008 telah menolak soalan ini