Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

222) TAMAN PERTANIAN BUKIT CERAKAH

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kronologi tarikh dan peristiwa sehingga hari ini berkaitan pembangunan dan penggunaan Taman Pertanian Bukit Cerakah?

    Program-program yang berjalan di bawah

     

    • WALA Selangor ditubuhkan untuk memberdayakan komuniti wanita ladang melalui pembangunan ekonomi dan sosial dengan menyediakan latihan kemahiran dan program pembangunan

     

    • Membentuk komuniti wanita ladang yang mempunyai pemerkasaan diri, ekonomi, politik dan sosial, yang akan meningkatkan kualiti hidup mereka dan keluarga secara

     

    Berpandukan kepada matlamat Program di atas WALA Selangor menyusun beberapa aktiviti untuk disesuaikan dengan tahap kehidupan atau yang dikehendaki oleh Wanita Ladang.

    • LATIHAN PEMERKASAAN DAN JATIDIRI

     

    Aktiviti ini dijalankan dengan mengumpulkan wanita-wanita ladang untuk diberi taklimat dan penjelasan berkonsepkan perbincangan(dialog) berkaitan situasi semasa kehidupan , keluarga , ekonomi , sosial dan lain- lain.

     

    Hasil dari pertemuan berkenaan mereka diberi penerangan dan pendedahan berkaitan gambaran kehidupan , aktiviti sosial dan peluang- peluang yang ada bagi meningkatkan taraf kehidupan terutama dari segi ekonomi.

     

     

    • LATIHAN KEMAHIRAN ASAS

     

    Program ini merangkumi bengkel-bengkel yang disusun bagi memberikan pengalaman dan pengetahuan yang selama ini tiada pendedahan untuk mereka.

     

    Bengkel dan latihan yang dijalankan adalah secara berperingkat dari peringkat asas sehingga mereka boleh melakukan secara sendiri atau berkumpulan.

     

    Bengkel dan latihan yang dijalankan terbahagi kepada 2(dua) :

     

    1. Latihan@bengkel berjadual secara bersepadu :

     

    • Pembuatan roti dan kek
    • Kraftangan berasaskan   bahan   kitar    semula   (    bakul   dan barangan asas)
    • Latihan mengait berasaskan
    • Pembuatan muruku dan kekacang
    • Kraftangan berasaskan manik ( gelang , krongsang ,rantai dan lain-lain )

     

    Latihan ini memerlukan jangka masa yang tertentu bagi memberikan pendedahan asas sehingga kepada pengeluaran produk yang berkualiti.

     

    1. Latihan jangka pendek ( satu atau dua sesi )

     

    • Henna ( inai )
    • Bridal ( make-up )
    • Bunga Malai

     

  2. Apakah status semasa tanah tersebut dan perancangan projek masa hadapan?

    Impak yang diterima oleh penerima

     

    Untuk soalan ini kita boleh huraikan mengikut beberapa faktor :

     

    • Wanita-wanita ladang yang sebelum ini atau kebiasaannya hanya menjalankan aktiviti kerja di ladang atau menguruskan hal keluarga dapat berkumpul dan bersama-sama mengikuti bengkel latihan asas yang disediakan.

     

    • Melalui program WALA ini juga peserta dapat dimaklumkan berkaitan program-program yang disediakan oleh Kerajaan ( Negeri atau Persekutuan ) untuk mereka mengambil bahagian. Terutamanya Program Merakyatkan Ekonomi Selangor ( MES )

     

     

    • Peserta mendapat pendedahan melalui latihan kemahiran asas dan dapat dipergunakan untuk menjana pendapatan secara kecil-kecilan. Seperti menjual muruku , Bunga Malai ,Inai di kawasan perumahan ladang ataupun di luar mengikut perayaan dan karnival dikuil-kuil dan

     

    • Wanita-wanita ladang ini mendapat perhatian dan tidak ketinggalan dalam segala program yang dianjurkan oleh mana-mana agensi dan pertubuhan bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan juga pengalaman selain mendapat maklumat-maklumat terkini mengenai program peningkatan diri dan kebajikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.