Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

46) TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan S.O.P. penyelenggaraan taman permainan kanak-kanak di bawah PBT.

    Semua taman permainan kanak-kanak yang telah diserah kepada PBT akan diselenggara setiap bulan secara kontrak. Penyelenggaraan yang dilaksanakan melibatkan skop berikut:

    • Pembersihan peralatan permainan daripada sebarang kekotoran seperti lumut, pasir, tanah dan sebagainya.
    • Membaikpulih kerosakan kecil seperti menggantikan tali buai yang putus, menggantikan ‘skru’ hilang, mengecat alatan berkarat dan sebagainya.

    Peralatan yang mengalami kerosakan besar yang memerlukan kos yang tinggi akan dibaikpulih / diganti secara ‘one-off’. Tindakan penggantian atau baikpulih dibuat berdasarkan aduan penduduk, laporan kontraktor kawasan atau berdasarkan pemantauan tapak kakitangan teknikal jabatan. Taman permainan kanak-kanak yang belum diserah kepada PBT perlu diselenggara sendiri oleh pemaju sehingga pengambilalihan diluluskan. Tempoh pemaju menyelenggara adalah selama 12 bulan tarikh CCC dikeluarkan.

  2. Nyatakan jadual sebenar penyelenggaraan di bawah MPK untuk taman permainan di DUN Selat Klang.

    Jadual penyelenggaraan padang permainan kanak-kanak adalah seperti yang dinyatakan di bawah. Namun begitu jika didapati mana-mana syarikat gagal mematuhi jadual tersebut maka denda atau potongan bayaran dan NTC akan dikenakan pada syarikat tersebut.

    Bil. Keterangan Kerja Kekerapan
    1

     

    Sapuan dan Pembersihan Kawasan Padang Setiap masa
    2 Pemotongan Rumput dan Pembersihan Sisa Potongan Rumput  – 2 kali sebulan
    3 Kutipan Sampah

     

    setiap masa
    4 Pembersihan Longkang Keliling Padang

     

    2 minggu sekali
    5 Kerja-kerja Membaja

     

    4 bulan sekali
    6 Kerja-kerja Penyelenggaraan Pokok Landskap

     

    2 kali sebulan

    Jadual 1 : Jadual penyelenggaraan padang permainan kanak-kanak di MPK

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.