Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
38) TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah PBT di kawasan DUN Sentosa ditambahbaik mengikut keperluan dan permintaan?
Majlis Perbandaran Klang komited dalam memastikan taman permainan ditambahbaik mengikut keperluan dan permintaan dari masa ke semasa. Sehingga kini, terdapat sebanyak 55 buah taman permainan kanak-kanak di kawasan DUN Sentosa. 5 daripadanya telah dinaiktaraf manakala 50 buah dibuat penyelenggaraan secara in-house.
-
Nyatakan berapakah taman permainan kanak-kanak yang telah diperbaiki atau dinaiktaraf?
Jumlah taman permainan kanak-kanak yang telah diperbaiki dan dinaiktaraf di kawasan Klang adalah seperti berikut:
Bil.
Jumlah Dibaikpulih dan Dinaiktaraf Secara Kontrak Tahunan
Dibaikpulih Secara In-House
1
55
220
-
Apakah kekerapan PBT dalam pemantauan setiap pembaikan dan naiktaraf dan penjagaan taman permainan kanak-kanak daripada vandalisme?
Dari segi pemantauan terhadap taman permainan kanak-kanak, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pencegahan seperti memasang papan tanda Undang-Undang Kecil Taman MPK 2005 dan papan tanda Undang-Undang Vandalisma. Selain itu, petugas Majlis juga menjalankan rondaan secara berkala dari semasa ke semasa.