Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
327) TAMAN MEDAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah bantuan atau peruntukan yang telah disalurkan Kerajaan Negeri bagi membaikpulih fasiliti, mengecat semula atau menaiktaraf rumah-rumah pangsa mahupun berstrata bagi kawasan DUN Taman Medan sejak 2018 sehingga 2023?
Jumlah bantuan atau peruntukan yang telah disalurkan Kerajaan Negeri bagi membaikpulih fasiliti, mengecat semula atau menaiktaraf rumah-rumah pangsa mahupun berstrata bagi kawasan DUN Taman Medan sejak 2018 sehingga 2023 adalah sebanyak RM1,656,264.00. Pecahan projek mengikut tahun adalah seperti berikut:
BIL. PROGRAM BANTUAN TAHUN JENIS BAIKPULIH
KAWASAN
JUMLAH PERBELANJAAN
(RM)
1. Skim Ceria 2018 Menggantikan Tangki Air
Desa Mentari, Blok 10, Petaling Jaya
300,400.00
2. 2019 Penggantian Lif Pangsapuri Petaling Utama, Blok C 797,800.00
& D, Petaling Jaya 3. 2020 Penggantian Bumbung
Pangsapuri Desa Mentari, Blok 4, Petaling Jaya
474,828.00
4. 2021 – – – 5. 2022 – – – 6. 2023 – – – 7. Projek Selangor Penyayang (PSP) 2023 Mengecat Semula Bangunan Flat Taman Maju Jaya, Blok C, Taman Medan 83,236.00
JUMLAH KESELURUHAN
1,656,264.00