Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
72) TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pelaksanaan TKPM di Selangor?
Status semasa terdapat 12 kawasan TKPM di bawah kelolaan Jabatan Pertanian dan 10 TKPM di bawah kelolaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan, tanaman industri dan ternakan. Melalui program ini, petani dibimbing untuk melaksanakan projek pertanian secara komersil , hasil pertanian yang dipersijilkan dengan MyGAP (Sijil Amalan Ladang Baik) dan SOM (Skim Organik Malaysia), untuk mencapai sasaran purata pendapatan bulanan sebanyak RM 4,000/bulan.
-
Apakah objektif dan matlamat kerajaan negeri mewujudkan TKPM?
Matlamat penubuhan Taman Kekal Pengeluaran Makanan ( TKPM) ialah untuk mewujudkan kawasan pertanian kekal bagi pengeluaran pertanian terpilih secara intensif dan moden yang merangkumi unsur-unsur penyelidikan dan pembangunan, pendidikan, pelancongan dan pemeliharaan alam sekitar. Pewujudan kawasan pertanian kekal bagi pengeluaran pertanian dapat membantu meningkatkan pengeluaran makanan. Bagi mencapai matlamat ini beberapa langkah konstruktif seperti memberi sokongan infrastruktur, kemudahan serta perkhidmatan yang lengkap, penggunaan teknologi terkini, pengeluaran mengikut “Good Agricultural Practise” (GAP). Langkah ini dapat meningkatkan produktiviti serta mengeluarkan produk berkualiti dan selamat dimakan. Seterusnya pemasaran hasil ladang dapat diperbaiki dan pendapatan peserta yang menyertai projek dapat ditingkatkan.
-
Berapakah peruntukan yang disediakan bagi menjayakan TKPM?
Sepanjang tempoh RMKe-10, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM 7,560,000 bagi pembangunan
Maklumat Tambahan (Senarai TKPM di bawah seliaan Jabatan Pertanian di Selangor)
Bil.
TKPM
Jenis tanaman
Luas (Ha)
Nilai pengeluaran tanaman (RM) Bil Pesert a Sasaran tahunan Nilai pengeluaran % pencapaian
1 Sg Batangsi, Hulu Langat belimbing, nangka, markisa 65.1 450,450.0 0
639,090.00 141.88 12 2
Semenyih, Hulu Langat belimbing, cendawan, jambu batu 52
827,380.0 0
935,568.24
113.08
8
3 Hulu Yam, Hulu Selangor sayuran daun, melon 220.4 14,800,00 0
15,151,552.0 0
102.38 36 4 Bkt Changgang, Kuala Langat melon, sayur, orkid 60.7 2,263,060 1,694,090.00 74.86 16 5 Kundang, Kuala Langat ubi kayu, keledek, nanas 120 1,072,579 950,870.00 88.65 41 6 Sg. Kelambu, Kuala Langat ubi kayu, keledek, nanas 80 1,200,000 1,257,553.50 104.8 18 7 Bistari Jaya, Kuala Selangor sayur, melon 57 744,377 1,144,205.81 153.71 18 8 Serdang melon, tomato ceri 9 180,000.0 0
656,662.60 364.81 11 9 Hulu Chuchuh, Sepang ubi kayu, keledek, nanas 100 2,178,065 2,083,090.00 95.64 23 10 Sg. Blankan, Sepang ubi kayu, keledek, nanas 400 6,000,679 5,543,056.42 92.37 151 11 Batu Arang, Gombak nangka, belimbing 149.2 250,550 322,480.00 128.71 31 12 Sungai Panjang, Sabak Bernam kelapa , jambu batu 81 86,000 82,381.20 95.79 5 JUMLAH 1394.35 30,053,14 1
30,460,599 101.36 370 Maklumat Tambahan (Senarai TKPM di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Selangor)
Bil
TKPM
Jenis Bidang Usaha
Luas (Ha) Nilai Pengeluaran (RM) Bil. Peserta
Sasaran Tahunan Nilai Pengeluaran % Pencapaian
1 Sungai Nilam, Hulu Selangor
Lembu Tenusu, Lembu Fidlot, Trading lembu pedaging
106.24
3,000,000
3,304,000
110
12
2 Sungai Tamu, Hulu Selangor
Lembu Tenusu, Kambing
67.84
1,200,000
1,366,600
114
3
3 Buloh Telor, Hulu Selangor Lembu Tenusu, Makmal Semen
25.99
50,000
10,800
22
1
4 Hulu Bernam, Hulu Selangor
(Kelapa sawit)
10.00
–
–
–
1
5 Lubok Nibong, Hulu Selangor
Tiada penyewa (tanah tiada akses)
0
–
–
–
0
6 Sungai Jang, Hulu Selangor
Kambing, Ayam Bebiri Pedaging, 39.98
1,050,000
1,123,000
107
5
7 Hulu Semenyih, Hulu Langat
Lembu Tenusu, Kerbau Tenusu
33.87
400,000
438,750
110
4
8 Batu Arang, Gombak Rusa, (Kelapa sawit) 132.00 – – – 1 9 Sepintas, Sabak Bernam
Ayam Pedaging (Dalam penyeleng- garaan
2.20
–
–
–
1
10 Desa Vista, Sepang (Peringkat pemagaran 18 plot untuk
16.19
–
–
–
0
tanaman rumput)