Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

115) TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 140: ÒPada pendapat Audit, prestasi pendapatan peserta pada keseluruhannya belum memuaskan kerana peserta di tiga TKPM belum mencapai purata pendapatan bulanan RM3,000 pada tahun 2008Ó. Audit dalam muka surat 140 mendapati lima faktor utama kenapa sasaran ini tidak dicapai. Apakah sebelum penemuan Audit, Jabatan telah juga mengenal pasti kelima-lima faktor tersebut?

    Jabatan Pertanian telah mengenal pasti kelima –lima faktor yang menjadi cabaran kepada pencapaian pendapatan purata RM3,000 peserta di TKPM Sungai Blankan, Sepang, TKPM Kundang Kuala Langat dan TKPM Batu Arang, Gombak Selangor sebelum penemuan Jabatan Audit pada tahun 2008.

    Bagi mengatasi masalah-masalah yang terdapat di Taman Kekal Pengeluaran Makanan    ( TKPM ) Jabatan Pertanian telah  merancang beberapa penambahbaikan ke arah transformasi pertanian secara menyeluruh agar pencapaian TKPM dapat ditingkatkan. Antara langkah-langkah  yang dilaksanakan secara berterusan ialah :

    • Pemuliharaan Tanah Gambut

    Tanah-tanah di TKPM Sungai Blankan Sepang dan Kundang Kuala Langat terdiri daripada tanah gambut yang mengambil masa agak lama untuk dipulihkan. Oleh itu usaha-usaha pemuliharaan tanah berkenaan seperti pengapuran  dilakukan secara berterusan setiap kali penyediaan tanah dibuat. Ini akan dapat mengurangkan kemasaman tanah agar akar tanaman dapat menyerap baja dan nutrien dengan kadar yang cepat. Selain itu sistem perparitan dan saliran telah ditambah dan diselenggara agar kawasan tidak ditakung air dan pada masa ini masalah tersebut telah dapat diatasi.

    • Pemuliharaan Tanah Berbukit

     

    Bagi tanah di TKPM Batu Arang yang berbukit dan terdapat tanah berbatu usaha-usaha pemulihan dijalankan melalui galakan kepada peserta projek agar melaksanakan pertanian organik dan integrasi tanaman dengan ternakan seperti lembu dan kambing secara terkawal. Terdapat empat peserta telah menggunakan tinja ternakan untuk dijadikan baja organik dan digunakan untuk menyuburkan tanaman buah-buahan seperti nangka madu, belimbing dan limau nipis.

     

    • Amalan Teknologi Pertanian:

     

    Teknologi merupakan aspek penting dalam industri pertanian dan sebahagian peserta TKPM belum sepenuhnya menggunakan teknologi yang ada.Oleh yang demikian usaha sedang dilakukan agar peserta mendapat maklumat dan mengamalkan teknologi pertanian terutama dalam aspek:

     

    1. Penggunaan benih dan varieti tanaman yang berkualiti dan disyorkan Jabatan Pertanian.
    2. Penggunaan baja berasaskan mikrob ( organik ) yang boleh meningkatkan tahap kesuburan tanah dan keupayaan pokok menyerap sumber nutrien.Ini juga meliputi  penggunaan kawalan musuh dan penyakit secara organik
    3. Amalan teknologi mekanisasi ladang bagi mengurangkan tenaga manual.

    Penggunaan teknologi sistem pengairan yang lebih efisien.

    • Skala Ladang Yang Kecil

                 

    Di TKPM Sungai Blankan dan TKPM Kundang kebanyakan peserta mengusahakan tanaman ubi kayu dan keledek dengan keluasan tanah seperti berikut :

     

     

    TKPM

    L  uas Tanah Diusahakan
     

    > 6.0 hektar

     

    4.0-5.9 hektar

     

    1.0 – 3.9 hektar

     

    SungaiBlankan              ( 151 peserta )

     

    6 peserta

     

    12 peserta

     

    133 peserta

     

    Kundang

    ( 41 peserta )

     

    6 peserta

     

    3 peserta

     

    32 peserta

    Bagi meningkatkan pendapatan peserta beberapa langkah telah diambil iaitu melalui usaha pemuliharaan kesuburan tanah agar hasil meningkat ke tahap maksimum. Selain daripada itu peserta juga digalakkan untuk mengusahakan pemprosesan produk seperti kerepek ubi yang mempunyai nilai tambah pasaran yang sangat baik.

    • Kekurangan Modal

    Jabatan Pertanian juga telah memberikan galakan kepada peserta projek agar memohon  pinjaman melalui agensi kewangan seperti Agrobank bagi memastikan mereka mempunyai modal yang mencukupi untuk memastikan projek dapat beroperasi dengan baik dan mendatangkan hasil yang memuaskan.

  2. Jika tidak, apakah sebab-sebabnya Jabatan gagal mengenal pasti kelima-lima faktor tersebut dengan lebih awal?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Jika ya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan untuk mengatasi masalah-masalah yang berpunca daripada kelima-lima faktor tersebut?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.