Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
291) TAMAN KANAGAPURAM, PETALING JAYA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan lot kediaman di Taman Kanagapuram?
Sebanyak 117 buah jumlah keseluruhan lot kediaman di kawasan Taman Kanagapuram Petaling Jaya.
-
Berapakah lot yang digunakan untuk kediaman, perniagaan dan kosong?
Pecahan Penggunaan Tanah adalah seperti berikut:-
Bil. Penggunaan Tanah Jumlah A. Zon Perdagangan Terhad Lot Digunakan Untuk Perniagaan 14 lot Lot Tiada Bangunan/ Tidak BerpenghuniTanah Kosong/ Rumah Terbiar 4 lot Digunakan Untuk Kediaman 1 lot Jumlah 19 lot B. Zon Kediaman Lot Di Jadikan Perniagaan 9 lot Lot Tiada Bangunan/ Tidak BerpenghuniTanah Kosong/ Rumah Terbiar 11 lot Rumah Kediaman 73 lot Lot Dijadikan Pejabat Komuniti/ Kuil Dan Lain-Lain 5 lot Jumlah 98 lot -
Bilakah MBPJ akan merobohkan segala pembinaan tanpa kelulusan bagi lot perniagaan tanpa kebenaran ini?
Majlis telah mengambil tindakan terhadap binaan tanpa kebenaran bagi lot-lot perniagaan di bawah Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Pihak Majlis juga telah membawa kes-kes binaan tanpa kebenaran ini ke Mahkamah.Kerja-kerja perobohan binaan tanpa kebenaran tersebut hanya dapat dilakukan setelah pihak Majlis memperolehi arahan Perintah Termesti dari Mahkamah.