Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

74) TAMAN CAHAYA ALAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status hakmilik Taman Botani Negara Shah Alam (Bukit Cerakah) ?

    Status pemilikan Taman Botani Negara Shah Alam adalah Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor iaitu Hutan bagi maksud-maksud persekutuan.

  2. Berapa jumlah keluasan taman tersebut dan berapa ekar berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri ?

    Jumlah keluasan Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) adalah 817 hektar dan kesemua kawasan tersebut adalah di bawah kawalan Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 27/2015 bertarikh 26 Ogos 2015 telah meluluskan tempoh dan permit penggunaan selama 60 tahun kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan ianya adalah berdasarkan aktiviti guna tanah semasa dan semua pembangunan akan datang yang akan dijalankan di kawasan TBNSA perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Bersama Pembangunan TBNSA yang melibatkan Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

  3. Apakah terdapat perjanjian bertulis di antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Pertanian berhubung membangunkan taman tersebut ?

    Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani pernah ditandatangani pada 17 April 2006 dan Memorandum Persefahaman tersebut telah menetapkan tempoh pajakan penggunaan tanah selama 60 tahun. Walau bagaimanapun, tiada perjanjian penggunaan tanah yang telah dimeterai antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani walaupun kadar permit penggunaan tanah telah dipinda beberapa kali oleh Kerajaan Negeri dan banyak perancangan pembangunan yang telah dirancang tidak dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Pada MMKN ke 27/2013 bertarikh

    11 September 2013, Kerajaan Negeri telah bersetuju agar Memorandum Persefahaman TBNSA yang telah ditandatangani diantara Kerajaan Negeri dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani pada 17 April 2006 ditamatkan kerana pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tani tidak mematuhi terma-

     

    terma perjanjian dan Notis Penamatan Memorandum Persefahaman (MoU) TBNSA telah dikeluarkan kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

    Walau bagaimanapun, dalam tempoh terdekat, Kerajaan Negeri akan mengadakan perjanjian dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai pengurusan dan pembangunan di kawasan TBNSA selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 27/2015 bertarikh 26 Ogos 2015 yang telah meluluskan Cadangan Penggunaan Tanah Taman Botani Negara Shah Alam oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) seluas 100 hektar dengan syarat-syarat tambahan seperti berikut:-

     

    1. Satu Jawatankuasa Pemandu dan Pengurusan Bersama perlu diwujudkan;
    2. Satu amaun terhadap kadar pajakan penggunaan tanah yang tidak pernah dibayar sebelum ini kepada Kerajaan Negeri sejak TBNSA diuruskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) 26 tahun dahulu perlu dijelaskan;
    3. Satu Enakmen Taman Botani Negara Shah Alam perlu diwujudkan bagi meneruskan pembangunan TBNSA pada masa hadapan;
    4. Pihak Kementerian perlu menghantar Pelan Pembangunan yang lengkap kepada Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor yang telah diluluskan oleh undang-undang terpakai di Negeri Selangor.

    Namun sehingga kini, pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tani sedang menjalankan kerja-kerja ukur halus mengikut sempadan dan keluasan kawasan TBNSA yang telah diluluskan oleh MMKN dan perbincangan mengenai perjanjian akan dilaksanakan setelah semua urusan pengukuran selesai.

Lampiran

Tiada Lampiran.