Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

200) TAMAN BANDAR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana PBT dapat mewujudkan Bandar berkonsepkan taman dalam bandar?

    Pembangunan sesebuah bandar adalah mengambil kira perancangan kawasan hijau yang mampu mengimbangi persekitaran perbandaran tersebut. Suatu kawasan dirancang dan dibangunkan seimbang dengan persekitaran hijau di sekelilingnya sekaligus menjadikan kawasan tersebut ini sebagai sebuah bandar dalam taman dengan menerapkan elemen-elemen seperti yang berikut:

     

    • menetapkan sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan kawasan perancangan pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dikekalkan sebagai kawasan hijau;

     

    • memastikan penyediaan rangkaian jaluran hijau, kawasan lapang, ruang pejalan kaki, rizab landskap dan taman awam yang sistematik dan strategik di kawasan pembangunan;

     

    • memastikan penanaman pokok teduhan di kawasan perbandaran terutama di pinggiran jalan, sungai, kawasan tumpuan awam dan taman-taman awam untuk membentuk jaringan hijau di dalam bandar;

     

    • memperbanyakkan usaha penanaman pokok teduhan dan menggalakkan penanaman pokok berbunga serta berdaun lebar di sekitar bandar; dan

     

    • menyediakan Pelan Induk Landskap di PBT sebagai mekanisma kawalan perancangan dan pembangunan landskap secara holistik dan komprehensif.
  2. Apakah contoh Taman Bandar yang sudah berjaya dibangunkan di Selangor?

    Contoh Taman Bandar yang telah dibangunkan di PBT di Negeri Selangor adalah seperti yang berikut:

  3. Apakah pendekatan bagi melestarikan Taman Bandar ini?

    Antara pendekatan yang boleh diambil bagi melestarikan Taman Bandar ialah melalui—

     

    • garis panduan pembangunan landskap yang sentiasa dikemaskini dengan keperluan-keperluan pembangunan taman dalam bandar yang terkini secara berterusan;

     

    • pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG) menerusi program-program penghijauan dan kebun komuniti secara konsisten setiap tahun; dan

     

    • perancanaan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan landskap yang komprehensif dan terancang oleh PBT seperti pocket park, entrance landscape, community park dan lain-lain.

     

    Cabaran yang perlu dilihat dan ditangani dalam melestarikan Taman Bandar ini ialah dari segi aspek penyeleggaraan, vandalisme dan kesedaran sikap masyarakat. Penyelenggaraan yang baik akan memastikan Taman Bandar berada dalam keadaan terjaga. Kempen dan info berkaitan kesedaran dapat mengurangkan masalah vandalisme dan memupuk kesedaran taman adalah milik bersama yang perlu dijaga bersama.

Lampiran

Tiada Lampiran.