Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

195) TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah objektif Taska di rumah boleh memberi impak jauh lebih baik dari Taska Permata?

    Di bawah Seksyen 5, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, terdapat empat (4) kategori Taska di Malaysia iaitu :

    i.              Taska Institusi

    • menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan; dan
    • ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

     

    ii.            Taska Tempat Kerja

    • menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan; dan
    • ditubuhkan di tempat

     

    iii.           Taska Komuniti@1Malaysia

    • menerima 10 orang atau lebih dalam jagaan;
    • menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; dan
    • ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar

    iv. Taska Di Rumah

    • menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak dalam jagaan; dan
    • Dijalankan di kediaman

    Taska Permata adalah taska di bawah kendalian Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menyediakan kurikulum khusus mengenai Program

    PERMATA dalam bidang asuhan dan didikan awal kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun menggunakan teknik Pembelajaran PERMATA.

    Objektif    Taska    Permata    mempunyai   impak    yang    jauh   lebih baik berbanding Taska di rumah atas sebab-sebab berikut :

    1. Taska Permata mengguna pakai kurikulum PERMATA yang telah diiktiraf dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak. Manakala Taska di rumah lebih tertumpu kepada jagaan kepada kanak-kanak secara yang tidak formal tetapi perlu memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan oleh

     

    1. Taska Permata mempunyai tenaga pendidik yang mengikuti kursus PERMATA dan berkemahiran mengendalikan kurikulum PERMATA. Tiada syarat kepada pengasuh Taska di rumah untuk mengendalikan kurikulum PERMATA. Namun pengasuh Taska di rumah juga hendaklah hadir dan lulus Kursus Asuhan dan Didikan Kanak-kanak PERMATA mengikut syarat

     

    • Taska Pemata mempunyai kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran yang lengkap sesuai dengan objektifnya untuk merangsang pertumbuhan kanak-kanak. Manakala Taska Di Rumah tidak mempunyai kemudahan fizikal dan pembelajaran yang lengkap kepada kanak-kanak.

    Nota Tambahan :

    Kurikulum PERMATA kini telah diperluaskan kepada kepada semua Taska Institusi / Komersial dan Taska di Rumah, di mana semua pengusaha / pengasuh diwajibkan untuk hadir dan lulus Kursus Asuhan dan Didikan Kanak-kanak PERMATA.

  2. Apakah perancangan masa depan Taska di rumah dan bagaimanakah kesinergian bersama JKM dan PBT dapat diteruskan dan dipertingkatkan?

    Taska Di Rumah merupakan salah satu alternatif kerajaan untuk membantu golongan ibu bapa yang ingin meletakkan anak mereka di bawah jagaan pengasuh dengan jumlah kanak-kanak yang minima dan kos yang lebih rendah berbanding Taska Institusi /Taska Di Rumah juga dapat membantu suri rumah yang tidak bekerja untuk memperolehi pendapatan sampingan bagi membantu menjana ekonomi keluarga.

    Di samping itu Taska di Rumah juga memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka berdekatan dengan tempat tinggal mereka sekiranya kawasan tersebut tidak mempunyai Taska Institusi / Komersial.

    Penubuhan bagi sesebuah Taska Di Rumah tidak mempunyai had bilangan tertentu yang ditetapkan berbanding Taska Institusi/Komersial yang perlu mendapat kebenaran PBT mengikut kehendak keperluan penduduk setempat.

    Perancangan masa depan Taska Di Rumah agar kesinergian bersama JKM dan PBT dapat diteruskan dan dipertingkatkan adalah seperti berikut:

     

    • Menjalankan usaha sama secara berterusan untuk memastikan semua Taska Di Rumah di negeri Selangor berdaftar melalui kempen pendaftaran Taska dan gala;
    • Mengadakan mesyuarat di bawah One Stop Centre untuk membuat penyelarasan berkaitan dengan langkah-langkah mempermudahkan pendaftaran Taska Di Rumah;
    • Menjalankan seliaan dan pemantauan secara bersepadu di antara JKM dan PBT agar Taska Di Rumah sentiasa mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.