Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

7) TAMAN ALAM KUALA SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah komitmen Kerajaan Negeri dalam membantu memelihara habitat dan spesies hidupan di Taman Alam Kuala Selangor demi kelestarian alam sekitar dan hutan di Negeri ini.

    1. Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor sentiasa bekerjasama untuk membantu Persatuan Pencinta Alam Malaysia memelihara dan memulihara habitat dan spesis hidupan di Taman Alam Kuala Selangor demi kelestarian alam sekitar dan hutan paya bakau di negeri ini. Taman Alam Kuala Selangor ini terkenal dengan kawasan paya bakau dan kawasan penghijrahan burung – burung daripada pelbagai negara yang juga merupakan tarikan utama pelancong datang ke Kuala Selangor bermula bulan September sehingga Mac setiap tahun.

     

    Kebanyakan program yang dijalankan turut memberi kesedaran tentang pentingnya pokok paya bakau terhadap ekosistem habitat dan spesis hidupan di Taman Alam Kuala Selangor ini. Selain itu, aktiviti  menanam pokok bakau juga dilakukan di sini bagi tujuan aktiviti tanggunjawab sosial korporat (CSR).Tarikan ini adalah menjurus kepada pencinta alam seluruh negara dan pelajar-pelajar IPT dalam dan luar negara yang sentiasa menanti kemunculan program-program ini.  Sehubungan itu, selaku PBT yang bertanggungjawab, MDKS sentiasa menyalurkan bantuan yang diperlukan bagi memastikan kelancaran program yang dijalankan sentiasa memenuhi keperluan dan kehendak pengunjung bagi menjaga nama baik dan imej produk pelancongan Kuala Selangor.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia menyediakan peruntukan bagi tujuan ini.

    Jawapan masih belum diterima daripada MDKS

Lampiran

Tiada Lampiran.