Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
87) TALIAN SELAMAT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilapor melalui talian Selamat Selangor?
Soalan jawapan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Melawati, Talian SELamat telah mula beroperasi pada 1 November 2021 yang lalu di bawah kendalian Wanita Berdaya Selangor (WBS). Talian ini dilaksanakan dengan kerjasama erat bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan jabatan serta agensi lain berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), pihak hospital dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan berpandukan Garis Panduan Pengendalian Kes Keganasan Rumah Tangga yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM).
Berdasarkan rekod, bermula 1 November 2021 sehingga 30 September 2022, sebanyak 53 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan melalui Talian SELamat. Berdasarkan jenis-jenis keganasan rumah tangga, Talian SELamat telah merekodkan jumlah kes tertinggi untuk keganasan jenis psikologi. Bagi jenis keganasan psikologi ini, Talian SELamat menawarkan perkhidmatan kaunseling atau psikologi bergantung kepada permasalahan pemandiri dengan menawarkan dua jenis sesi kaunseling / psikologi samada secara bersemuka atau atas talian (online). Statistik jumlah panggilan berdasarkan jenis keganasan rumah tangga adalah seperti berikut :
Kes-kes yang telah diterima dan ditangani melalui Talian SELamat akan menggunakan istilah sebagai Kes Rujukan. Menurut statistik panggilan Talian SELamat, kes rujukan tertinggi adalah merupakan rujukan kaunseling dan juga rujukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ringkasan kes rujukan adalah seperti berikut :
-
Daripada jumlah tersebut nyatakan bilangan kes yang telah dibuka siasatan.

Sejauh manakah keberkesanan talian Selamat Selangor?
Setelah hampir setahun beroperasi, Talian SELamat didapati berkesan dalam memberikan impak yang positif kepada perkara seperti berikut :
- Memberikan informasi dan kemudahan kepada mangsa Keganasan Rumah Tangga (KRT) bagi mendapatkan rujukan dan tindakan sewajarnya untuk permasalahan yang berkaitan dengan KRT.
- Memudahkan mangsa untuk mendapatkan bantuan seperti kaunseling dan bantuan guaman. Seramai 12 pemandiri telah mendapatkan perkhidmatan Kaunseling dari Kaunselor Berdaftar dan seramai 3 pemandiri telah dirujuk dan mendapat bantuan dari Jabatan Bantuan Guaman.
- Membantu pihak bertanggungjawab seperti, pihak PDRM, JKM, Pusat Khidmat Dun, AKPK dan lain lain untuk mendapatkan input maklumat dan menangani kes dengan lebih cepat yang berkaitan permasalahan KRT.