Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
79) TALIAN HAYAT SELAMAT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bilangan panggilan yang diterima oleh talian hayat SELamat dari bulan Januari - September 2022.
Talian SELamat telah menerima panggilan sebanyak 53 kes keganasan rumah tangga (KRT) disepanjang tempoh pengoperasian dari bulan Januari sehingga September 2022 dengan senarai bilangan panggilan seperti berikut ;-
Bil Bulan Bilangan Panggilan
1 Januari 6
2 Februari 6
3 Mac 5
4 April 8
5 Mei 9
6 Jun 6
7 Julai 4
8 Ogos 5
9 September 4
Jumlah Panggilan
53
-
Apakah demografik pemanggil dari segi kaum, lokasi (DUN) dan umur?
Demografik pemanggil Talian SELamat dari segi kaum, lokasi (DUN) dan umur adalah seperti berikut : 1. Kaum : Bil Kaum Bilangan Panggilan 1 Melayu 36 2 India 8 3 Cina 4 4 Tidak Dinyatakan 3 5 Lain-Lain 2 Jumlah Panggilan 53 Sumber : Wanita Berdaya Selangor (WBS)
2. Lokasi (DUN) :
Bil Lokasi (DUN) Bilangan Panggilan 1 Petaling 16 2 Luar Selangor 12 3 Kuala Lumpur 7 4 Klang 5 5 Gombak 4 6 Hulu Langat 3 7 Kuala Selangor 2 8 Kuala Langat 1 9 Sepang 1 10 Tidak Dinyatakan 2 Jumlah Panggilan 53 Sumber : Wanita Berdaya Selangor (WBS)
3. Umur :
Bil Kategori Umur Bilangan Panggilan 1 20 hingga 30 tahun 14 2 31 hingga 40 tahun 12 3 41 hingga 50 tahun 9 4 51 hingga 60 tahun 8 5 61 hingga 70 tahun 1 6 Tidak Dinyatakan 9 Jumlah Panggilan 53 Sumber : Wanita Berdaya Selangor (WBS)
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh talian hayat SELamat?
Peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Talian SELamat sehingga 15 November 2022 adalah sebanyak RM93,448.20.