Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
283) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri di dalam mempromosikan agro pelancongan khasnya sempena Tahun Melawat Selangor 2025?
Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah merancang beberapa langkah strategik dalam mempromosikan agro-pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2025 seperti berikut:
- Menjalinkan kerjasama dengan pemain industri pertanian, seperti para petani, pihak koperasi dan Agensi Kerajaan yang berkaitan bagi melaksanakan aktiviti dan program yang berpotensi dalam menarik kehadiran pelancong seperti penganjuran festival buah-buahan, pameran pertanian dan lawatan ke ladang buah-buahan yang menawarkan produk segar;
- Menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan seperti tempat letak kereta, tandas awam, akses jalan dan kemudahan pelancong lain seperti penginapan, restoran serta kemudahan pendidikan mengenai pertanian;
- Melibatkan komuniti setempat dalam mempromosikan agro-pelancongan seperti para pekebun dan petani. Selain itu, Kerajaan Negeri menggalakkan kerjasama dengan sektor swasta dan komuniti untuk membangunkan produk dan perkhidmatan agro-pelancongan yang berkualiti dan berdaya saing; dan
- Memperkenalkan produk daripada hasil pertanian tempatan seperti madu, produk herba dan buah-buahan tempatan.
-
Adakah DUN Semenyih termasuk dalam promosi agro pelancongan tersebut?
Untuk makluman Yang Berhormat, Dun Semenyih adalah termasuk dalam promosi agro pelancongan. Antara produk-produk agro pelancongan di kawasan Dun Semenyih adalah seperti berikut:
- Semenyih Eco Venture
- Paradise Valley
- Saville Wonderland
- Broga Hill
- Sungai Lalang Hot Spring
- Sungai Tekala Waterfalls
- Semenyih Dam
- Monkeys Canopy Resort
- Dino Desert
- Rinching ATV
- Semenyih Fish Valley
- Ostrich Wonderland