Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

163) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi kerajaan untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri memandangkan tahun 2025 merupakan Tahun Melawat Selangor?

    Berikut merupakan strategi kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor sebagai Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri sempena penganjuran Kempen Tahun Melawat Selangor 2025.

    • Penganjuran Kempen Pengiklanan bersasar seperti Pengiklanan melalui pesawat Air Asia, Paparan Billboard ‘Outdoor’ dan ‘Digital, Media Cetak, Media Elektronik, Media Sosial, Online dan Atas Talian.
    • Penganjuran Program Promosi Pelancongan Domestik, seperti Selangor Travel Fair, Penyertaan dalam MATTA Fair, Skuad Visit Selangor Year, dan Program Jelajah Negeri.
    • Penganjuran Program Promosi Luar Negara, seperti World EXPO 2025 Osaka, Japan, ITB Berlin 2025, OTM Mumbai, India 2025, ATM Dubai 2025, Sales Mission India, ITB China, Shanghai 2025 dan Sales Mission China, Macau dan Taiwan.
    • Penganjuran Acara Pelancongan dan Kalendar Acara Tahun Melawat Selangor 2025, yang menyenaraikan beberapa acara utama seperti, Art of Speed 2025, Keretapi Sarong 2025, Anugerah Pelancongan Selangor, Festival Sawah Padi 2025, Festival Bon Odori 2025, Grad Prix Petronas Moto GP, Selangor Food Mega Festival bertemakan Sate & Durian dan Miss Kebaya Selangor.
    • Penyediaan konten kreatif dan promosi melalui laman media sosial seperti, program promosi kempen bersama dengan pempengaruh, selebriti dan KOL, penyediaan travelog pelancongan dan sebagainya.
    • Penganjuan program Mega FAM (Familiarization) Trip sepanjang tahun 2025 bersama agensi pelancongan, persatuan pelancongan, dan media tempatan serta antarabangsa.
    • Memperkenalkan inisiatif Geran Industri Pelancongan, sempena Tahun Melawat Selangor Geran khas ini diwujudkan bertujuan sebagai suntikan insentif kepada para penggiat industri pelancongan dalam usaha mempromosikan dan menyemarakkan kempen TMS2025.
    • Penganjuran program pembangunan produk pelancongan seperti Selangor Hos Komuniti, Program Heritage Walk dan Program Pengiktirafan Produk Pelancongan.
  2. Apakah strategi jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan sumber pendapatan ekonomi yang dijana melalui industri perlancongan akan berterusan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri amat komited dalam memperkasakan perkembangan dan kelestarian industri pelancongan di Negeri Selangor. Oleh yang demikian, strategi jangka panjang yang dirangka Kerajaan Negeri untuk memperolehi sumbangan terus melalui industri pelancongan adalah explorasi ke atas hasil cukai baru yang dikenakan ke atas pelancong yang melancong ke Negeri Selangor. Namun begitu, perancangan bagi pelaksanaan strategi tersebut perlu dijalankan secara teliti dan cermat memandangkan ianya melibatkan perkara-perkara berkaitan perundangan.

    Justeru itu, Kerajaan Negeri optimis dengan perancangan jangka panjang tersebut yang dijangka mampu menjana pendapat terus sektor pelancongan kepada hasil Kerajaan Negeri dan dijangka ianya akan dijalankan sepenuhnya bermula pada tahun 2026.

Lampiran

Tiada Lampiran.