Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

247) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan lokasi di Hulu Bernam yang menjadi fokus Kerajaan Negeri untuk menjadi destinasi pelancong bagi Tahun Melawat Selangor 2025.

    Berikut merupakan beberapa lokasi di Hulu Bernam yang dicadangkan menjadi fokus Kerajaan Negeri untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan bagi Tahun Melawat Selangor 2025.

    1. Sungai Dusun
    2. Sungai Tengi
    3. Kampung Serigala
    4. Kampung Lalang
  2. Nyatakan jumlah peruntukan yang diperuntukkan untuk pembangunan destinasi pelancongan di Hulu Bernam.

    Sehingga kini, tiada peruntukan khas yang di peruntukkan untuk menaiktaraf produk pelancongan di kawasan DUN Hulu Bernam. Walaubagaimanapun, penyaluran peruntukkan ini tertakluk kepada permohonan dariapada pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Pejabat Daerah Hulu Selangor untuk Tahun 2024 melalui pelestarian infrastruktur pelancongan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.