Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
23) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan yang telah diaturkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi sambutan Tahun Melawat Selangor 2025 ini?
inisiatif untuk menyambut Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS 2025) dengan sasaran utama menarik kedatangan 8 juta pelancong dari dalam dan luar negara. Antara inisiatif utama yang telah dirancang adalah seperti Lampiran 1:
BIL. RINGKASAN SEGMEN ACARA JUMLAH 1 Jumlah Acara Pelancongan Utama 7 Acara 2 Jumlah Acara Pelancongan dari PBT 87 Acara 3 Jumlah Acara Pelancongan dari Agensi Korporat dan Swasta 40 Acara 4 Jumlah Acara Pelancongan Luar Negara (di bawah Tourism Selangor) 8 Acara -
Berapakah anggaran pengunjung akan melawat Selangor pada tahun ini?
Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan sasaran pelancong bagi Tahun Melawat Selangor 2025 adalah seramai 8 juta pelancong dengan anggaran nilai transaksi pelancongan sebanyak RM11.7 bilion.
Sasaran Utama Tahun Melawat Selangor 2025:
- Kedatangan Pelancong: 8 juta pelancong
- Resit Pelancongan: RM11.7 bilion
- Acara Pelancongan: Lebih 60 acara
- Inisiatif Promosi: Lebih 50 inisiatif
- Capaian Media Sosial: 30 juta tontonan