Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

379) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah program yang akan dilakukan bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia di peringkat global?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak TSSB dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah merancang lebih daripada 50 inisiatif program pelancongan sempena Kempen TMS 2025. Berikut merupakan ringkasan program dan perincian adalah seperti di Lampiran 1:

     

    BIL. RINGKASAN SEGMEN ACARA JUMLAH
    1 Jumlah Acara Pelancongan Utama 7 Acara
    2 Jumlah Acara Pelancongan dari PBT 87 Acara
    3 Jumlah Acara Pelancongan dari Agensi Korporat dan Swasta 40 Acara
    4 Jumlah Acara Pelancongan Luar Negara (di bawah Tourism Selangor) 8 Acara
  2. Berapa banyak program bertaraf antarabangsa yang akan dilakukan di Selangor bagi tahun 2025?

    Yang Berhormat, berikut merupakan antara acara bertaraf antarabangsa telah dirancang untuk diadakan di Selangor pada tahun 2025 seperti berikut:

    BIL. ACARA PELANCONGAN BERTARAF ANTARABANGSA TARIKH TEMPAT
    1 Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2025 dan International Junior Golf Championship Januari 2025 Kelab Golf Seri Selangor
    2 Perlumbaan AR KKB 2025 – Edisi Chapter Four TBA Kuala Kubu Bharu
    3 Selangor Aviation Show 2025 September 2025 SkyPark Regional Aviation Centre
  3. Apa inisiatif kerajaan untuk mencapai jumlah pelancong sehingga 10 juta bagi Tahun Melawat Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berikut merupakan KPI bagi TMS 2025:

    1. Mencapai 8 juta pelancong dari dalam dan luar negara;
    2. Menjana pendapatan pelancongan (tourism receipt) sebanyak RM11.7 bilion melalui aktiviti pelancongan;
    3. Menganjurkan lebih daripada 60 acara pelancongan di seluruh negeri;
    4. Melaksanakan lebih daripada 50 inisiatif promosi pelancongan untuk meningkatkan kesedaran dan menarik minat pelancong; dan
    5. Mencapai 30 juta capaian dan tontonan di platform media sosial bagi mempromosikan TMS2025.

    Sehubungan itu, berikut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor (TSSB) sebagai Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri sempena penganjuran Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS 2025) bagi mencapai hasrat KPI ini:

    i. Program Hebahan dan Promosi Pelancongan:

    1. Melaksanakan kempen pengiklanan melalui pelbagai saluran seperti papan iklan digital, media cetak dan elektronik, serta platform dalam talian dan media sosial. Selain itu, sebanyak 15 buah pesawat Air Asia telah diperuntukkan 20 slot paparan iklan di tempat bagasi (overhead) dan 6 slot paparan iklan di belakang tempat duduk dengan kontrak selama 2 tahun;
    2. Menghasilkan kandungan kreatif berdasarkan trend semasa dengan bekerjasama dengan pempengaruh media sosial, YouTuber dan vlogger;
    3. Melaksanakan kempen pengiklanan berbayar di platform seperti YouTube, Facebook, dan TikTok;
    4. Melaksanakan kerjasama dengan platform tempahan pelancongan dalam talian seperti Agoda, Booking.com dan Expedia; dan
    5. Mengadakan peraduan berkala dengan menawarkan hadiah seperti baucar pelancongan, hotel dan taman tema.

      ii. Program Promosi Domestik:
      a. Menganjurkan lebih 100 acara dan program di setiap daerah sepanjang tahun 2025 seperti Selangor Travel Fair, menyertai MATTA Fair, Skuad Visit Selangor Year dan program jelajah negeri; dan
      b. Memperkenalkan program pelancongan tematik seperti pelancongan warisan, pelancongan gastronomi, pelancongan alam semula jadi dan pelancongan sukan ekstrem.

      iii. Program Promosi Antarabangsa:
      a. Mengambil bahagian dalam acara pelancongan seperti World EXPO 2025 di Osaka, ITB Berlin 2025, OTM Mumbai, ATM Dubai 2025 dan misi jualan ke India, China, Macau, dan Taiwan.
      iv. Pembangunan Produk Pelancongan:

    1. Memperkenalkan geran khas sebagai insentif kepada penggiat industri pelancongan untuk mempergiat usaha promosi TMS2025; dan
    2. Melaksanakan program komuniti seperti Hos Komuniti Setempat (HKSS), Program Heritage Walk dan Program Pengiktirafan Produk Pelancongan.

      v. Program Kerjasama dengan Pemain Industri Pelancongan:

      a. Menjalinkan kerjasama dengan pemain industri pelancongan seperti pengusaha hotel, pengendali pelancongan, pemandu pelancong dan pembekal produk pelancongan untuk menawarkan pakej pelancongan yang menarik dan berpatutan; dan
      b. Menjalin perkongsian strategik dengan Agensi Pelancongan untuk menyediakan promosi dan tawaran menarik seperti potongan harga untuk pelancong antarabangsa yang datang ke Negeri Selangor.

      vi. Penggunaan Teknologi dan Inovasi
      a. Membangunkan aplikasi pelancongan Negeri Selangor untuk memudahkan pelancong merancang jadual perjalanan serta menyediakan maklumat terkini mengenai destinasi menarik, penginapan, restoran dan acara pelancongan; dan
      b. Mengintegrasikan teknologi AR/VR untuk pengalaman pelancongan yang lebih interaktif dan menarik melalui penggunaan teknologi.

      vii. Pemantauan dan Penilaian

    1. Melaksanakan penilaian berkala mengenai impak dan keberkesanan kempen dan aktiviti pelancongan yang dilaksanakan, serta menyesuaikan strategi mengikut keperluan pasaran.

    viii. Sokongan daripada Kerajaan Negeri
            a. Menyediakan insentif dan geran kepada pemain industri pelancongan yang terlibat dalam kempen TMS 2025.

Lampiran

Tiada Lampiran.