Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

280) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan lokasi yang dipromosi oleh Tourism Selangor di Hulu Bernam bagi Tahun Melawat Selangor 2025.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Hulu Bernam di daerah Hulu Selangor merupakan salah satu kawasan yang dipromosikan oleh Kerajaan Negeri menerusi Tourism Selangor (TSSB). Beberapa lokasi menarik di Hulu Bernam yang dipromosikan seperti berikut:

    BIL. DESTINASI PELANCONGAN PERINCIAN
    1 Sungai Inki, Kalumpang

     

    Kawasan ini terkenal dengan aktitivi riadah bersama keluarga. Kemudahan seperti chalet, resort, titian gantung, kawasan BBQ dan pondok rehat ada disediakan. Air sungai sejuk dan jernih, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
    2 Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungai Dusun

     

    Kawasan ini terkenal sebagai tempat perlindungan dan pemuliharaan bagi pelbagai spesies hidupan liar serta menyediakan program pendidikan mengenai kepentingan pemuliharaan alam.

Lampiran

Tiada Lampiran.