Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

63) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2023

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan baharu Kerajaan Negeri dalam menggalakkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor bagi tahun 2023 terutamanya industri pelancongan baharu di kawasan Dun Semenyih yang sudah dikenal pasti?

    Berikut merupakan perancangan Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dalam menggalakkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor bagi tahun 2023 termasuk mempromosikan industri pelancongan baharu di kawasan Dun Semenyih.

    Menggalakkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor untuk Tahun 2023

    1. Memperkasakan penganjuran kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” yang memfokuskan kepada promosi pelancongan pasaran domestik. Kempen ini memberikan pendedahan dan ‘awareness’ dengan konten pemasaran untuk menarik minat pelancong luar negeri melancong ke Negeri Selangor.
    2. Meluaskan inisiatif promosi penganjuran kempen “Splendid Selangor, Take Me Anywhere” yang memfokuskan kepada promosi pelancongan antarabangsa. Pihak Tourism Selangor memberi penekanan kepada beberapa pasaran luar negara seperti ASEAN, Timur Tengah, Eropah, dan sebagainya.
    3. Mempergiat inisiatif promosi melalui platform digital dan atas talian seperti penganjuran Webinar bersiri, Live Streaming, di laman media sosial Tourism Selangor, penganjuran program VR Pelancongan (Virtual Reality) yang melibatkan produk-produk dan pengusaha pelancongan di Negeri Selangor.
    4. Penyertaan Program Promosi dalam dan luar negara seperti jelajah negeri (Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Kedah), Matta Fair, dan pameran pelancongan antarabangsa dengan melibatkan produk-produk dan pengusaha pelancongan di Negeri Selangor.

     

    Menggalakkan kedatangan pelancong ke Dun Semenyih

    1. Penyediaan pakej pelancongan eko pelancongan Dun Semenyih dimana pakej-pakej ini memfokuskan produk pelancongan luar bandar, aktiviti eko serta agro pelancongan dan alam semulajadi. Pakej ini juga akan digunakan oleh agensi pelancongan tempatan dan luar negara.
    2. Penganjuran program Familiarization Trip (FAM Trip) yang melibatkan pihak media, agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa di produk-produk dan pengusaha pelancongan Dun Semenyih.

    Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor bersama agensi pelancongan dan pemain industri di Dun Semenyih dengan mempergiatkan aktiviti promosi seperti penawaran pakej pelancongan dan acara pelancongan bagi menarik pelancong ke produk pelancongan di sana. Pihak Tourism Selangor bersama agensi-agensi yang berkaitan menjalankan sesi lawatan teknikal secara berkala untuk melawat kawasan-kawasan dan produk-produk yang berpotensi diangkat untuk dijadikan sebagai produk pelancongan di sekitar Dun Semenyih.

Lampiran

Tiada Lampiran.