Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

22) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2019

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menjadikan tahun 2019 sebagai tahun melawat Selangor?

    Untuk Tahun 2019, Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk menjadikan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor telah menjalinkan kerjasama dan kolaborasi yang erat bersama pihak Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia untuk membuat persediaan, dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti promosi pelancongan di dalam dan luar negara, bagi mempromosikan Negeri Selangor melalui kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) yang membawa slogan, Malaysia Truly Asia.

    Beberapa Kempen Promosi Pelancongan di peringkat Negeri Selangor yang dijalankan oleh pihak Tourism Selangor dan masih dijalankan sehingga kini, adalah seperti yang berikut:-

    • Kempen “Discover Selangor, Heart of Malaysia” yang dilancarkan pada Tahun 2016 selepas penganjuran Kempen Tahun Melawat Selangor 2015 yang giat dijalankan. Kempen ini mensasarkan hebahan publisiti ke peringkat global di mana komponen dan pengisian kempen lebih menekankan kepada demografi Negeri Selangor dan beberapa segmen pelancongan yang lebih fokus iaitu, MICE (Meeting Incentive, Conference and Exhibition), Pelancongan Kesihatan, Pelancongan Alam Semulajadi dan Pelancongan
    • Kempen Promosi Digital “Discover Selangor, #TakeMeAnywhere” yang dilancarkan pada awal tahun ini (Januari 2018) melalui platform digital google, youtube dan media sosial. Kempen Digital ini memberikan fokus terhadap kemudahan dalam aspek perhubungan dan pengangkutan yang ada di Negeri Selangor yang memudahkan para pelancong untuk menerokai tempat-tempat yang menarik yang ada di Negeri Selangor.

    Usahasama Tourism Selangor bersama Syarikat Penerbangan melalui pengiklanan di pesawat syarikat penerbangan tempatan. Ini memberikan satu impak yang besar kepada industri pelancongan Negeri Selangor dan menarik lebih ramai pelancong melawat ke kawasan pelancongan yang diiklankan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.