Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
38) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2015
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelancong yang melawat Selangor hasil daripada kempen melawat Selangor yang dijalankan dan berapakah pendapatan yang diperolehi daripadanya?
Jumlah kedatangan pelancong mengikut statistik jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor sehingga bulan Julai 2015 ialah seramai 5,280,646 orang. Jadual statistik adalah seperti yang berikut:-
PELANCONG 2011 2012 2013 2014 2015 (Julai) Domestik 3,314,714 3,515,254 3,576,050 3,600,098 2,991,564 Antarabangsa 2,725,704 2,850,856 3,125,387 2,472,739 2,289,082 Jumlah 6,040,418 6,366,110 6,701,437 6,072,837 5,280,646 Resit Pelancongan.
Jumlah pendapatan yang diperolehi mengikut jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor sehingga bulan Julai 2015 adalah sebanyak RM3,703,845,104.40
-
Sila senaraikan bilangan pelancong teramai yang datang ke Selangor mengikut negara.
Senarai bilangan pelancong teramai mengikut negara adalah seperti yang berikut:-
BIL NEGARA JUMLAH KEDATANGAN PELANCONG SEHINGGA JULAI 2015 1 Malaysia 2,991,564 2 Singapore 598,211 3 China 482,164 4 Indonesia 271,154 5 Thailand 168,261 6 India 104,731 7 Australia 69,932 8 Vietnam 48,327 9 Japan 40,994 10 Saudi Arabia 38,476