Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
52) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2011
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program yang akan dilancarkan di bawah Kempen Tahun Melawat Selangor 2011 dan apakah tema utama yang digunakan?
Kempen Selangor Shines yang bertemakan Selangor Has More…… telah dilancarkan
oleh YB Elizabeth Wong, Exco Pelancongan Negeri Selangor pada 21 Disember 2009.
Program promosi dan acara akan dijalankan secara berterusan seperti yang dijadualkan
sepanjang tahun 2010 yang dapat menarik ramai pelancong ke Negeri Selangor.
“Selangor Shines” atau Selangor Bersinar ini bukanlah program “Tahun Melawat Negeri
Selangor 2011” tetapi merupakan satu kempen bagi menggalakkan lebih ramai
pelancong ke Negeri Selangor secara berterusan dan tidak ada jangka masa yang
disasarkan seperti Tahun Melawat yang biasa dijalankan selama setahun. -
Senaraikan jumlah pelancong tempatan serta pelancong asing ke negeri Selangor daripada tahun 2005-2010
Jumlah pelancong tempatan serta pelancong asing ke Negeri Selangor daripada tahun
2005 – 2010 adalah seperti berikut :
TAHUN PELANCONG
TEMPATAN
PELANCONG
ASING
JUMLAH
2005 2,372,027 1,586,772 3,958,799
2006 2,926,445 2,000,462 4,926,907
2007 3,060,651 2,254,679 5,315,330
2008 3,075,889 2,601,332 5,677,221
2009 3,248,961 2,398,680 5,647,641
2010 (Jan – Mei) 1,466,976 1,055,536 2,522,512
JUMLAH (2005 – MEI 2010) 16,150,949 11,897,461 28,048,410 -
Apakah badan pelaksana yang ditubuhkan bagi menyelaraskan kempen pelancongan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan ?
Tourism Malaysia dan Tourism Selangor bekerjasama bagi mempromosikan Selangor
sebagai destinasi pelancongan di Malaysia. Tourism Malaysia juga memberi banyak
peluang kepada Tourism Selangor menyertai promosi-promosi pelancongan di luar
Negara tanpa caj bayaran tapak pameran.
Selain itu juga, Tourism Malaysia memberi kerjasama dalam beberapa acara yang
dijalankan oleh Tourism Selangor dengan menghantar penyertaan peserta dan
mempromosikan pakej pelancongan yang telah disediakan oleh Tourism Selangor untuk
kempen ini.