Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

168) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 (TMM2014)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah penglibatan negeri dalam program Tahun Melawat Malaysia 2014?

    Tahun Melawat Malaysia 2014 adalah merupakan platform terbaik bagi Negeri Selangor untuk menganjurkan Tahun Melawat Selangor 2015. Sehubungan dengan itu, kerajaan Negeri Selangor melalui UPEN Pihak Berkuasa Tempatan dan Tourism Selangor telah mengambil tindakan dan membuat analisa serta promosi bagi penganjuran TMS 2015 melalui program-program yang dianjurkan sepanjang Tahun Melawat Malaysia

     

    Tourism Selangor akan terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan yang unik di Selangor. Antara tindakan yang akan terus dilakukan adalah seperti berikut:

     

    Kerjasama antara Tourism Malaysia bersama dengan kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor diperlihatkan melalui kerjasama pemasangan kain rentang dan banting Tahun Melawat Malaysia 2014 di negeri Selangor dengan bantuan semua Pihak Berkuasa Tempatan serta mendapat beberapa pengecualian bayaran .

     

    1)                  Promosi

     

    • Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor juga telah meneruskan semua aktiviti promosi yang telah di rancang dan dianjurkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di dalam mahupun di luar negara untuk memperkenalkan semua produk pelancongan di Negeri

     

    Bagi tahun 2014, Tourism Selangor telah mengikuti siri promosi luar negara seperti berikut;

    1. Asean Tourism Forum, Kuching 2014
    2. Asean Travel Mart Dubai 2014
    3. India (South Asia Travel & Tourism Exhibition – SATTE 2014)
    4. ITB 2014, Singapore
    5. WTM 2014, London

     

    Siri promosi ini adalah berdasarkan statistik kedatangan pelancong bagi setiap negara.

     

    1. ii) Tourism Selangor juga terus mempromosikan produk pelancongan dengan menggunakan medium yang sesuai sama ada melalui media cetak, mahupun elektronik untuk memastikan golongan sasar dapat menerima maklumat berkaitan destinasi ini.

     

    2)                  Website

     

    Tourism Selangor melalui laman web rasmi akan sentiasa mempromosikan produk-produk pelancongan Negeri Selangor dan memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan tepat.

     

    3)                  Familiarization Trip ‘FAM Trip’

     

    Tourism Selangor juga akan membawa lawatan-lawatan untuk para media mahupun lain-lain ‘fam tour’ serta agensi-agensi pelancongan dalam dan luar negara bagi mempromosikan produk-produk pelancongan secara terus kepada ‘key players’ dan agensi-agensi pelancongan. Secara tidak langsung sektor pelancongan dapat dipertingkatkan lagi.

     

    Fam Trip yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014 adalah seperti berikut :

     

    1. FAM Tour Myanmar (ATF 2014)
    2. FAM Tour USA (ATF 2014)
    • FAM Trip Iran (SMIFT 2014)
    1. FAM Trip Media Filipina 2014 AirAsia
    2. FAM Tour Media Selangor Golf Masters 2014
    3. FAM Tour Pesara Kakitangan Kerajaan 2014
    • FAM Tour Jabatan Perkhidmatan Awam Majlis Bersama Kebangsaan Perdana 2014

     

    4)                  Acara-acara Pelancongan

     

    Tourism Selangor juga menganjurkan secara bersama atau penganjuran sepnuhnya terhadap pelbagai acara yang menjadikan destinasi pelancongan yang terdapat di Negeri Selangor sebagai lokasi penganjuran mahupun persinggahan para peserta.

     

    Antara acara yang akan dianjurkan adalah seperti berikut:-

     

    BIL BUTIRAN ACARA RINGKASAN ACARA PESERTA/ PENGUNJUNG
    1. Acara: Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina 2014 Peringkat Negeri Selangor –    Merupakan acara yang meraikan masyarakat kaum cina yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina di sekitar Selangor khususnya bagi penganut agama Buddha. –    Jumlah pengunjung: 10 ribu orang
    2. Acara: Fiesta Sate Selangor Sempena Bulan Melawat Hulu Langat

     

    Tarikh: 1–2 Mac, 2014

    –    Fiesta ini dianjurkan adalah bagi mempromosikan kawasan Kajang sebagai salah satu produk pelancongan yang terkenal dengan ikon Sate Kajang. –    Jumlah pengunjung: 8 ribu orang
      Tempat: Stadium Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) –    Salah satu medium mengetengahkan pelbagai jenis makanan warisan yang terdapat di negeri Selangor.
    3. Acara: Marathon

    Women Marathon 2014 (MWM)

    –    Merupakan acara yang dianjurkan setiap tahun. –    Jumlah peserta: 4 ribu orang
       

    Tarikh: 14-16 Mac,

    2014

     

    Tempat: Teater Shah Alam & Dataran

    Kemerdekaan, Shah Alam

    –    Acara marathon ini telah mendapat sambutan dari penyertaan peserta luar negara seramai 1,900 peserta antaranya dari negara Australia, Hong Kong, China, Singapura dan Thailand.
        –    Acara MWM ini telah mendapat sokongan yang baik dan mendapat liputan yang meluas dari media social & media massa.

     

    4. Acara: Selangor Master Class

     

    Tarikh: 29 Mac, 2014

     

    Tempat: Concourse Publika Solaris, Dutamas

    –       Merupakan penganjuran progam berkonsepkan fotografi yang mendapat sambutan yang memberangsangkan khususnya di kalangan blogger dan jurugambar.

     

    –       Mengetengahkan destinasi dan produk pelancongan Selangor serta memperkenalkan warisan & budaya melalui program fotografi.

    –    Jumlah peserta: 5 ribu orang
    5. Acara: Sambutan 60+ Earth Hour Shah Alam 2014

     

    Tarikh: 29 Mac, 2014

     

    Tempat: Dataran Shah Alam

    –       Meraikan sambutan Earth Hour selama 60 minit dalam menyokong memelihara dan menyelamatkan bumi.

     

    –       Warga Shah Alam khasnya telah meraikannya dengan aktiviti kayuhan basikal beramai-ramai di dalam kegelapan malam sebagai tanda sokongan sambutan Earth Hour.

    Jumlah pengunjung: 2 ribu orang
    6. Acara: Forum Pembangunan Mampan dan Mesra

    Alam Peringkat Negeri Selangor

    –    Penganjuran forum ini bertujuan membincangkan tentang cabaran dan masa depan pelancongan hijau di negeri Selangor. –    Anggaran jumlah peserta: 150 orang
      Tarikh: 10 Jun, 2014 Tempat:

    Dewan Annex,

    Bangunan SSAAS, Shah Alam

    –    Forum ini memberi peluang dan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dengan negara Taiwan dan Jepun berkenaan dengan pelancongan hijau kepada pelancong tempatan dan luar negara.
        –    Menerokai landskap alam semula jadi yang terdapat di Selangor yang merupakan eko- pelancongan yang menyumbang kepada pelancongan Selangor.
    7. Acara: Majlis Sambutan Kemerdekaan Ke-57 Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2014 Dan Jamuan Hari –       Program ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Selangor bagi sambutan Kemerdekaan peringkat negeri.

     

    –       Pelbagai program menarik yang telah diadakan bagi program

    –    Jumlah pengunjung: 7 ribu orang

     

      Raya Aidil Fitri

     

    Tarikh: 30 Ogos, 2014

     

    Tempat: Dataran Kemerdekaan

    sambutan kemerdekaan tahun ini antaranya Perarakan Perbarisan Kontinjen & Kenderaan, pertunjukan seni pertahankan diri dan sebagainya.  
    8. Acara: Malaysia International Hockey Inline 2014

     

    Tarikh: 30-31 Ogos,

    2014

    –    Program ini merupakan acara sukan yang diadakan setiap tahun bertaraf antarabangsa. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari negara luar. –    Jumlah peserta: 298 orang
      Tempat: Arena PJ, Jalan Selangor, Petaling Jaya –    Mendapat sambutan yang menggalakkan dari negara asia antaranya penyertaan dari negara Australia, Hong Kong, Taiwan dan Singapura.
    9. Acara: HMC Rush 2014

     

    Tarikh: 13 Sept, 2014

     

    Tempat: Laman Seni 7, Seksyen 7,

    Shah Alam

    –    Penganjuran program ini bagi mempromosikan serta mengetengahkan tempat-tempat pelancongan yang terdapat di negeri Selangor kepada golongan pelajar-pelajar IPTA / IPTS bagi tujuan promosi kepada golongan belia. –    Jumlah peserta: 32 orang

    (16 kumpulan)

        –    Program ini merupakan penganjuran kali kedua yang telah dijalankan di negeri Selangor bermula acara perlepasan di Laman Seni 7, Shah Alam seterusnya ke destinasi Pelancongan Sukan di Subang Jaya dan di Batu Caves, Gombak yang merupakan produk warisan pelancongan yang

    popular di Selangor.

    10. Acara: Sambutan Pesta Tanglung Peringkat Negeri Selangor 2014

     

    Tarikh: 13 Sept, 2014

    –    Sambutan Pesta Tanglung kali ini telah diadakan di Cempaka Buddhist Lodge, Petaling Jaya.

    Acara sambutan ini telah dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor.

    –    Anggaran jumlah pengunjung: 5 ribu orang
      Tempat: Cempaka Buddhist Lodge, Taman Sea, –    Penganjuran Sambutan Pesta Tanglung ini merupakan salah

    satu festival bagi kaum cina yang

     

      Petaling Jaya menarik untuk

    –    diketengahkan dengan mempamerkan tanglung-tanglung yang dihiaskan cantik dengan pelbagai corak dan warna yang menarik dan para pengunjung berpeluang melihat sendiri hiasan tanglung-tanglung yang digantung cantik lagi meriah untuk tatapan umum.

     
    11. Acara: Shah Alam City Ride 2014

     

    Tarikh: 20 Sept, 2014

     

    Tempat: Dataran Kemerdekaan Shah Alam – Kompleks Taman Seni Islam Selangor

    –    Objektif penganjuran program Shah Alam City ini adalah mempromosikan serta memberi pendedahan tempat-tempat pelancongan menarik yang terdapat di sekitar Bandaraya Shah Alam melalui aktiviti berbasikal di laluan trek basikal yang telah disediakan oleh MBSA khususnya kepada pelancong dari dalam dan luar negara. –    Anggaran jumlah peserta: 553 orang
        –    Melalui program aktiviti berbasikal sebegini, ianya dapat mempromosikan pakej berbasikal yang telah ditawarkan oleh pihak Tourism Selangor untuk dipromosikan kepada penduduk setempat amnya dan kepada pelancong domestik dan luar

    negara khususnya.

     

     

     

    5)                  Rak Risalah Pelancongan

     

    Tourism Selangor pada tahun 2014 telah mengagihkan lebih daripada 150 rak risalah ‘Tourism Selangor’ kepada hotel-hotel, produk pelancongan, pihak berkuasa tempatan, hospital, pusat membeli-belah dan premis pemain industri pelancongan di seluruh negeri Selangor.

  2. Apakah pencapaian atau kesan baik TMM2014 terhadap industri pelancongan negeri?

    Kesan-kesan positif Tahun Melawat Malaysia terhadap industri pelancongan adalah seperti berikut;

     

    1.                  Membantu      mempromosikan      dan      memperkenalkan      produk-produk pelancongan

     

    Melalui kempen Tahun Melawat Malaysia 2014, banyak produk-produk pelancongan yang sedia ada dan produk-produk baharu diperkenalkan dan dipromosikan kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara. Ini disebabkan program-program promosi giat dijalankan dimerata tempat dalam dan luar negara.

     

    2.                  Meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor

     

    Program-program dan acara-acara yang dijalankan dapat meningkatkan kedatangan pelancong-pelancong ke Negeri Selangor. Sepanjang kempen Tahun Melawat Malaysia 2014, terdapat pelbagai acara dijalankan di tempat- tempat pelancongan. Secara langsung kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 ini, dapat meningkatkan jumlah kedatangan pengunjung-pengunjung ke kawasan pelancongan.

     

    3.                  Meningkatkan pendapatan industri pelancongan

     

    Kempen Tahun Melawat Malaysia dapat memberi kesan untuk meningkatkan pendapatan industri pelancongan kerana kebanyakan pelancong-pelancong dalam dan luar negara akan membelanjakan wang mereka di tempat-tempat pelancongan di kawasan Selangor. Ia juga dapat meningkatkan populariti  tempat pelancongan tersebut dan akan menarik lebih ramai pelancong- pelancong.

  3. Minta kerajaan negeri nyatakan jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk menaiktaraf sistem keselamatan di bawah zon PBT seluruh Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.