Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

174) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor turut serta dalam kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 anjuran Kerajaan Persekutuan?

    Kerajaan Negeri Selangor turut serta dalam kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.

     

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor telah turut serta dalam Pelancaran Tahun Melawat Malaysia yang dijalankan di Arabian Travel Mart, Dubai 2013.

  2. Sekiranya ada, berapakah jumlah peruntukan yang telah disediakan untuk dibelanjakan bagi memastikan produk-produk pelancongan berkenaan berada di dalam keadaan yang terbaik?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM 13.4 juta bagi tahun 2008 sehingga 2013 bagi memastikan produk-produk pelancongan adalah di dalam keadaan baik. Peruntukan ini adalah disalurkan kepada Pejabat Daerah, PBT dan agensi kerajaan bagi membaikpulih, menaiktaraf dan memajukan kawasan pelancongan di Negeri

  3. Nyatakan lokasi-lokasi produk pelancongan yang telah disenaraikan dalam promosi berkenaan?

    Semua lokasi utama pelancongan Negeri Selangor adalah terlibat secara langsung di dalam promosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Pada masa yang sama, pihak TSPSB telah menyediakan pakej-pakej menarik untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di negeri Selangor:-

     

    • Magical Firelies pakej – Kuala Selangor
    • Bird Watching pakej – Hulu Selangor
    • Sunway Lagoon & The Royal Klang Town Discovery – Petaling
    • Paragliding at Bukit Jugra – Kuala Langat

     

    • Pakej-Pakej Homestay – Sabak Bernam dan Kuala Selangor
    • City of Digital Lights , I-City –Shah Alam, Petaling
    • Pakej Keluarga di Kidzania – Petaling Jaya, Petaling
    • Mahmeri Cultural Village – Kuala Langat

Lampiran

Tiada Lampiran.