Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

6) TAHAP PERKHIDMATAN WIFI SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan kawasan yang dibekalkan dengan perkhidmatan Wifi Selangorku mengikut DUN.

    Bilangan hotspot perkhidmatan WiFi Smart Selangor (WiFiSS) mengikut DUN:-

    WIFI SMART SELANGOR (WIFISS) PECAHAN HOSPOT MENGIKUT DUN

  2. Meskipun Wifi Selangorku telah dipasang untuk kawasan Kg. Baru Sungai Way, ia tidak berfungsi. Jelaskan rancangan untuk memastikan tempat liputan Wifi Selangorku berfungsi dengan baik.

    Terdapat lima hotspot WiFiSS yang telah dipasang di kawasan Kg. Baru Sungai Way, di mana tiga hotspot WiFiSS tersebut berfungsi dengan baik dan dua hotspot WiFiSS mengalami gangguan perkhidmatan. Smartsel Sdn Bhd, syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawab untuk mengawal selia operasi WiFiSS telah menghubungi wakil komuniti di kawasan tersebut untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan yang

    Bagi tujuan pemantauan dan memastikan hotspot WiFiSS berfungsi, sebuah dashboard telah siap dibangunkan. Kesemua hotspot yang disediakan oleh syarikat pembekal utama WiFi telahpun dimuat naik ke dalam sistem dashboard tersebut. Usaha untuk mengintegrasikan kesemua hotspot ke dalam sistem dashboard tersebut akan dipercepatkan bagi memantapkan sistem pemantauan hotspot WiFiSS.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.