Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

161) TAHAP PERKHIDMATAN WIFI SELANGORKU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Menyusuli Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2018, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Wifi Selangorku?

    1. MBI melalui SMARTSEL, amat prihatin dan komited untuk memberikan perkhidmatan dengan mutu kualiti yang tinggi. Beberapa sesi perbincangan bersama pihak pembekal telah dijalankan pada awal bulan Mac 2019, pihak kami berjaya menaik taraf mutu perkhidmatan WiFi Smart Selangor tanpa sebarang kos tambahan seperti berikut, untuk kawasan yang berkeupayaan berasaskan teknologi dan kualiti fizikal talian sedia ada (the quality existing copper or fiber optic cables):

     

    pembekal TM

    Jaringan Angkutan Belakang (Backhaul) Kelajuan Capaian

    (Access Speed)

    Asal Mac 2019
    Berasaskan Gentian Optik (Fiber) 1 Mbps 4 Mbps
    Berasaskan xDSL 1 Mbps 4 Mbps

     

    Pembekal: Celcom

    Pihak SMARTSEL masih dalam perbincangan untuk menaik taraf jalur lebar yang digunakan dengan menggunakan kaedah data terkumpul. Melalui cara ini, pengguna sebanyak 50 SIMKAD (50 AP) akan dapat memaksimumkan penggunaan data dari data terkumpul sebanyak 1.5TB untuk setiap bulan.

  2. Apakah rancangan menaiktaraf infrastruktur Wifi Selangorku bagi tahun 2019?

    1. SMARTSEL Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2017 untuk menerokai penyelesaian digital alternatif dengan tujuan untuk merapatkan kesenjangan digital di antara penduduk di luar bandar dan bandar.

     

    Salah satu inisiatif utama adalah menaik taraf infrastruktur WiFi Smart Selangor. Pada masa ini, SMARTSEL sedang membangunkan Perkakasan Komunikasi Teras (Core Network) dan Node sendiri bagi menaik taraf perkhidmatan jalur lebar di seluruh negeri Selangor. Projek ini berjalan mengikut fasa dan mengambil masa selama 3 – 5 tahun. Untuk tahun 2019, SMARTSEL merancang untuk membangunkan rangkaian komunikasi digital sendiri dengan menyediakan  Core Network dan 6 Node di lokasi strategik yang terpilih.

Lampiran

Tiada Lampiran.