Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

253) TAHAP PERANCANGAN PROGRAM WANITA DAN KELUARGA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon senaraikan sasaran kerja tahunan program pembangunan wanita

    Sasaran Kerja Tahunan Program Pembangunan Wanita adalah seperti di Lampiran A.

  2. Apakah program spesifik untuk membangunkan keluarga negeri Selangor?

    Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah mensasarkan dua (2) program berskala besar, program yang dimaksudkan adalah:-

    • Seminar Towards Gen Alpha (GenS#2015)

    Memberi pendedahan dan ilmu Keibubapaan kepada ibu bapa golongan muda dalam membesarkan anak-anak generasi Alpha.

    • Family Day Out 2015 (Sukan)

    Mengeratkan institusi kekeluargaan dan memberi masa yang bekualiti bersama keluarga.

  3. Berapa peruntukan setiap DUN untuk tujuan tersebut?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan program wanita dan keluarga yang memberi manfaat kepada seluruh Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, tiada peruntukan khusus yang disediakan untuk setiap DUN.

Lampiran

Tiada Lampiran.