Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
109) TAHAP KESEDARAN MEMATUHI SOP
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program Kerajaan dalam meningkatkan tahap kesedaran dan kepatuhan rakyat Selangor terhadap SOP dalam menangani sasaran mencapai imuniti kelompok?
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melalui Cawangan Promosi Kesihatan telah dan sedang melaksanakan strategi berikut dalam mengingkatkan tahap kesedaran dan kepatuhan rakyat Selangor terhadap SOP dengan mempergiatkan penyampaian informasi berkaitan COVID-19 dan norma baharu melalui:
i) Media massa negeri dan media sosial JKN Selangor;
ii) Hebahan awam melalui Unit Bergerak Promosi Kesihatan di negeri dan daerah;
iii) Pendidikan kesihatan di klinik kesihatan, hospital dan fasiliti kerajaan yang lain;
iv) Memperkasakan komuniti; dan
v) Kerjasama pelbagai agensi di Negeri Selangor.