Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
46) TAHAP KEPUASAN RAKYAT TERDAPAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tahap kepuasan rakyat terhadap semua PBT di Selangor mengikut kajian terkini?
Berdasarkan pengumpulan data oleh Malaysian Urban – Rural National Indicators Network for Sustainable Development 2.0 (MurniNet 2.0), tahap kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor pada tahun 2023 mencatatkan kadar 89.84%. Angka ini mencerminkan komitmen tinggi semua PBT di Selangor dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat, sejajar dengan aspirasi negeri untuk meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat setempat.