Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

132) TAHAP KEBERSIHAN PREMIS PERNIAGAAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan tindakan yang dikenakan kepada premis perniagaan yang tidak mencapai piawaian tahap kebersihan pada tahun 2014 mengikut PBT?

    Tindakan – tindakan yang dikenakan kepada premis perniagaan (makanan) yang tidak mencapai piawaian tahap kebersihan pada tahun 2014 adalah berdasarkan Pekeliling SPBT Bil.3/2014 – Garis panduan Sistem Penggredan Premis Makanan Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di mana tindakan yang diambil adalah seperti berikut;

    • Pemberian notis patuh syarat lesen
    • Pengeluaran kompaun
    • Pembatalan lesen
    • Arahan penutupan premis selama 14 hari
  2. Nyatakan langkah kerajaan negeri bagi memastikan premis perniagaan mencapai piawaian tahap kebersihan?

    Kerajaan negeri dalam memastikan premis perniagaan mencapai piawaian tahap kebersihan telah mengguna pakai satu Standard iaitu seperti yang telah digariskan dalam Pekeliling SPBT 3/2014 – G terutama dalam memberikan penarafan gred serta tindakan seperti berikut :

    Julat Pemarkahan Kriteria dan Penarafan Premis Makanan
    86 – 100% I.        Premis makanan diiktiraf sebagai “AMAT BERSIH” dan setaraf dengan GRED A.

    II.        Pemeriksaan ulangan dijalankan selepas dua tahun ataupun lebih awal sekiranya terdapat aduan.

    71 – 85% I.        Premis makanan diiktiraf sebagai “BERSIH” dan setaraf dengan GRED B.

    II.        Pemeriksaan ulangan akan dijalankan selepas setahun

    ataupun lebih awal sekiranya terdapat aduan.

    51 – 70% I.        Premis makanan layak untuk diiktiraf sebagai “KURANG BERSIH” dan setaraf dengan GRED C.

    II.        Pemeriksaan ulangan akan dijalankan selepas enam

    bulan ataupun lebih awal sekiranya terdapat aduan.

     

    50% dan ke bawah

Lampiran

Tiada Lampiran.