Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
285) TAHAP KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah kerajaan negeri bagi memastikan premis perniagaan mencapai piawaian tahap kebersihan?
Bagi memastikan premis perniagaan mencapai piawaian tahap kebersihan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) menjalankan pemeriksaan premis makanan dari masa ke semasa setiap tahun. Ini bagi memastikan premis makanan di Selangor mematuhi Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Sehingga September 2013 sebanyak 9450 pemeriksaan premis dijalankan di Selangor meliputi semua Sembilan (9) daerah dan dua (2) pintu masuk (entry point). Operasi pemeriksaan premis bersih juga dijalankan sebanyak dua (2) kali
-
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap premis yang tidak mencapai piawaian tahap kebersihan?
Di bawah Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009, premis yang tidak mencapai piawaian tahap kebersihan, arahan tindakan pembetulan akan dikenakan dan sekiranya tindakan pembetulan tidak dilaksanakan atau tidak dipatuhi, maka kompaun atau tindakan penutupan akan dikenakan terhadap premis tersebut. Sehingga September 2013, sebanyak 515 premis makanan ditutup.
-
Apakah saranan kerajaan negeri kepada peniaga agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan?
Kerajaan mengarahkan supaya peniaga memikul tanggungjawab bersama dalam memastikan kebersihan premis makanan. Kerajaan juga menyarankan supaya pelanggan memilih premis yang bersih, membuat aduan ke PKD berhampiran sekiranya terdapat premis yang
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Pemeriksaan ini berdasarkan kepada penilaian risiko misalnya kantin dan dapur asrama, kantin pra sekolah, dapur kem PLKN, gerai di R&R, gerai makan di tempat pelancongan dan tempat persinggahan bas diperiksa sekurang- kurangnya sekali setiap tahun. Sementara premis di IPTA/IPTS, penjaja, kedai dan restoran diperiksa secara random.
- Begitu juga sekiranya markah pemeriksaan kurang daripada 65%, maka premis tersebut diarah tutup sehinggalah tindakan pembetulan dilaksanakan bagi memastikan tahap kebersihan
- Disarankan supaya semua peniaga lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan makanan dengan mematuhi Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Ini termasuklah memastikan premis makanan telah berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman sesawang FoSIM Domestik, pengendali makanan telah menghadiri kursus pengendali makanan dan telah menjalankan pemeriksaan perubatan serta mendapat suntikan typoid. Bukan itu sahaja pengusaha premis makanan hendaklah memastikan premis dalam keadaan yang bersih dengan memastikan kehendak am bagi premis (lokasi, reka bentuk am, bekalan air, kebersihan premis, kawalan perosak dan pelupusan sampah) dijaga sepenuhnya. Selain itu kehendak am seperti sink cuci tangan disediakan, penyimpanan makanan,bilik tandas yang bersih dan sebagainya sentiasa