Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
72) TADIKA RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukkan yang diluluskan untuk pembinaan Tadika Rakyat?
Sehingga Oktober 2010, hanya satu Tadika Rakyat iaitu di kawasan Taman Sentosa, Klang telah dibuka dan Kerajaan Negeri merancang akan membuka satu lagi Tadika Rakyat di kawasan daerah Petaling
-
Nyatakan kriteria pemilihan tapak Tadika Rakyat. Senaraikan Tadika Rakyat yang tela dikenal pasti dan anggaran kos bagi setiap satu.
Bagi pengendalian Tadika Rakyat di Taman Sentosa, pihak CHILD iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah diberikan tanggungjawab untuk mengendali tadika tersebut dan kos pengendalian ditanggung sendiri oleh pihak CHILD. Kerajaan Negeri hanya memberi peruntukan untuk membina tadika tersebut sahaja.
-
Apakah prosedur bagi permohonan membina Tadika Rakyat di sesuatu kawasan?