Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

217) TADBIR URUS YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah pemberian pinjaman pendidikan Yayasan Selangor dan jumlah bilangan pelajar yang diberi pinjaman untuk tempoh 3 tahun dari tahun 2022, 2023 dan kuota 2024?

    Jumlah Pembiayaan dan Bilangan Pelajar Penerima Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor

    Tahun Bil. Pelajar Jumlah Pembiayaan (RM)
    2022 658 4,108,700.00

     

    2023 441 2,130,174.00

     

    2024 (Perancangan) 457 3,570,288.00

     

  2. Senaraikan jumlah kos Ringgit Malaysia dan senaraikan konsultan yang telah dilantik oleh Yayasan Selangor dari tahun 2022 dan 2023?

    Tiga konsultan telah dilantik dari tahun 2022 dan 2023 melibatkan kos berjumlah RM 853,584.00 Berikut merupakan pecahan konsultan:

     

    RIGHT MIND CONSULTING & SERVICES (RMCS) MOHD IMRAN BIN MOHD TAHIR UNIT PERUNDING UNIVERSITI MALAYA
    Tarikh Pelantikan:

     

    15 Mac 2023 sehingga 31 Disember 2023.

     

     

     

    Fi Bayaran:

     

    RM 119,700.00

     

     

    Skop Kerja:

     

    1. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan dan Penggajian di Yayasan Selangor.

     

    2. Penambahbaikan SOP Sumber Manusia.

     

    3. Latihan warga kerja Sumber Manusia.

     

    Tarikh Pelantikan:

     

    2 Mei 2023 sehingga 31 Julai 2024.

     

     

     

    Fi Bayaran:

     

    RM 305,000.00

     

     

    Skop Kerja:

     

    1. Penambahbaikan Tadbir Urus dan Pengurusan Risiko Syarikat. (Audit, Integriti, SOP, Polisi, dan lain-lain.)

     

    2. Penambahbaikan amalan terbaik syarikat dan pematuhan kepada Akta Syarikat dan lain-lain akta berkaitan.

     

    Tarikh Pelantikan:

     

    Fasa 1: 13 Januari 2022 sehingga 31 Julai 2022.

    Fasa 2:  1 Ogos 2023 sehingga 31 Julai 2024.

     

    Fi Bayaran:

     

    Fasa 1: RM 155,164.00

    Fasa 2: RM 273,720.00

     

    Skop Kerja:

     

    Fasa 1: Kajian keberkesanan model perniagaan sedia ada Bahagian Pendidikan YS.

     

    Fasa 2: Penstrukturan semula Bahagian Pendidikan, Pembangunan KPI dan Pelan Strategik Bahagian Pendidikan selaras dengan peranan YS sebagai Lead Agency pendidikan Negeri Selangor.

  3. Apakah justifikasi untuk memilih dan melantik syarikat pengurusan acara untuk Bengkel Jawatankuasa Pendidikan Selangor (STANCO) baru-baru ini dan jelaskan tatakelola pelantikan syarikat tersebut?

    Bengkel Jawatankuasa Pendidikan Selangor (STANCO) yang telah diadakan pada 11 dan 12 Januari 2024 tidak melibatkan mana-mana pelantikan syarikat pengurusan acara. Bengkel ini dianjurkan dan diurus setiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dengan kerjasama Yayasan Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.