Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

75) TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memohon perincian jumlah pelaburan oleh TAWAS dan pulangannya sejak tahun ia mula diperkenalkan sehingga 2018.

    Sehingga 31 Disember 2018, Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan sejumlah RM37.50 juta kepada Tabung Amanah Warisan Anak Selangor (TAWAS) bagi tujuan pelaburan. Geran tersebut telah disalurkan secara berperingkat bermula pada tahun 2016 seperti maklumat berikut:-

     

    Tarikh Penyaluran Jumlah Geran

    (RM Juta)

    12 Ogos 2016 12.50
    28 Februari 2017 12.50
    14 Mac 2018 12.50
    Jumlah Keseluruhan 37.50

     

    Dana TAWAS berjumlah RM37.50 juta telah dilaburkan dalam pelbagai instrumen pelaburan. Sehingga 31 Disember 2018, hasil pelaburan yang telah diperakaunkan adalah sebanyak RM1.84 juta. Oleh yang demikian, jumlah pelaburan Kerajaan Negeri Selangor dalam TAWAS telah berkembang sebanyak 4.91%.

Lampiran

Tiada Lampiran.